Personal

Lucky.

Memandangkan hari ni tak ada apa-apa aktiviti, ingat nak siapkan kerja la. Kerja yang dah hampir setahun diusahakan; continuity dari projek master. Sampai sekarang Kaknie masih stay in touch dengan supervisor pasal projek ni walaupun dah grad tahun lepas. Sebenarnya supervisor dah offer suruh sambung PhD. Jauh di lubuk di hati memang nak sesangat. Tapi terpaksa tangguh dulu oleh sebab keadaan sekarang tak berapa stabil. InsyaAllah one day akan sambung jugak. Syukur dapat supervisor yang very supportive dan memahami.

Tapi tadi buka je laptop, termenung la pulak. Tak jadi nak buat kerja. Haih susah betul bila jenis tak produktif waktu siang ni. Kalau korang nak tahu, Kaknie ni sejenis yang produktif waktu malam. Burung pungguk la katakan.. Dah terbiasa stay up since zaman sekolah lagi. Kat universiti lagi la banyak stay up. Pastu asyik minum kopi menyebabkan susah nak tidur and finally muka pun dah macam zombi.

Bila tak jadi buat kerja, marilah kita bersantai sambil menaip entri. So, entri hari ni Kaknie nak perkenalkan my best buddy at home yang bernama Lucky (as in picture above).

Lucky adalah kucing kedua yang hadir in our family. Sebelum Lucky, kami ada bela seekor kucing siam yang diberi nama Putih. Sempat jaga Putih dalam setahun lebih je sebelum dia mati sebab terjatuh ke dalam longkang dan tak dapat naik. Patut la seharian tak nampak dia hari tu. Memang sedih sangat dengan kematian Putih. Sampaikan bila tengok bekas makanan dia pun menitis air mata.

Bila Putih dah tak ada, rumah pun jadi sunyi sikit. Tak ada yang tunggu depan rumah lagi jemput kita balik dari kerja. Kalau dulu balik kerja dia dah sesiap tunggu kat pintu. Terasa sangat kehilangan Putih.

Then satu hari my dad bagitau ada kawan dia nak bagi kucing. Kawan dia tak mampu nak jaga sebab asyik turun offshore je. Kaknie apa lagi, terus setuju dan tak sabar nak jaga kucing tu. Kucing tu la akhirnya yang bawa kebahagiaan baru dalam hidup kami sekeluarga. And his name is Lucky. ☺

Ingat lagi masa first day Lucky masuk rumah. Keluar je dari carrier, dia terus berlari menyorok bawah meja. Punya la penakut, macam tak pernah nampak orang. Haha. Ingatkan memang dah jenis manja. Rupanya tak. Ambil masa jugak la nak manjakan budak gemok ni.

Bila orang tanya Lucky ni baka apa, Kaknie pun tak pasti sebenarnya. Tapi Kaknie jawab je mainecoon mix parsi kot. Haha. Sebab kat hujung telinga dia ada bulu macam kucing mainecoon. Tapi kalau tengok bentuk muka dia, tak sama macam pure breed mainecoon. So, I guess dia ada mix dengan breed lain which I’m not sure what it is.

Sedar tak sedar, dah nak dekat 3 tahun Lucky duduk dengan kami. Alhamdulillah dia masih sihat (dan makin gemok!). Cuma semalam dia ada muntah-muntah sikit. Dia muntah balik makanan dia. Hmm tak tahu la kenapa. Perut masuk angin atau makanan tu yang tak kena dengan dia. Isnin nanti nak bawak dia check dengan vet.

Sekarang ni Lucky dah makin manja dengan semua family members. Bila kita makan pun dah pandai cuit-cuit minta makanan. Tapi dia masih penakut dengan orang yang dia tak biasa. Contoh kalau time ada kenduri kat rumah, dia dah surrender awal-awal menyorok kat bawah kerusi ke bawah meja ke atau mana-mana port yang dia rasa selamat hehe.

He’s now our most beloved. Yang paling disayangi dan dikasihi. We felt so lucky to have you. Thank you sebab hadir dalam hidup kami. ❤

XO

4 thoughts on “Lucky.”

  1. Soo gemuk and cute hahaha. Kesian pulak baca pasal Putih, in fact kucing kat rumah ni pun dah mati kelmarin ? Rasa sedih sangat.. Balik rumah kenyang-kenyang lepas makan kenduri kucing pulak dah takde, memang sunyi la. Selalu kalau time makan sibuk je duk meow meow padahal makan sikit je sekarang ni hurmm.

    1. Laa yeke.. Memang sedih kehilangan kucing ni. Sebab dia dah jadi sebahagian dari keluarga kita T_T Hope ada yang jadi pengganti kucing mija nanti mengisi kesunyian tu ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *