Career

Oh Oh PTD.

Dah lama tak dengar cerita pasal PTD. Last batch yang kena interview pada bulan April dan Mei tahun ni masih belum dapat result. Sepatutnya result keluar lepas raya hari tu. Then suddenly SPA announced keputusan ditangguhkan.

But it was no a suprise. Kerajaan kan dah bertukar. Jadi, ada banyak benda yang akan melalui proses penstrukturan semula dan ada benda yang perlu ditangguhkan untuk sementara termasuklah pelantikan penjawat awam baru seperti PTD.

Sebenarnya Kaknie pun salah seorang yang sedang menunggu result interview PTD tahun ni. Tipu la kalau Kaknie kata dah tak berharap. Harapan tu masih ada. Cuma malas nak fikir sangat. Sampai kadang-kadang Kaknie lupa yang Kaknie ada apply PTD. Haha. Yela, lebih baik kita fokus pada benda yang ada depan mata sekarang daripada menunggu sesuatu yang tak pasti kan? ?

Bila ingat balik moments yang dilalui sepanjang saringan PTD 2018, kadang-kadang rasa tak percaya pulak diri ini pernah berada di sana (haa poyo tak statement ni ?). Start dari peperiksaan online pada November tahun lepas, then UKJK pada bulan Januari, kemudian PAC pada bulan Februari dan akhirnya interview pada bulan April. Makan masa hampir setengah tahun jugak la proses saringan ni.

Kaknie dengar ada yang terpaksa travel dari SM ke SS dan SS ke SM untuk melalui saringan PTD. Banyak kos habis kat tiket je. Kesian jugak, tapi nak buat macamana kalau dah tak ada pilihan kan.. Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Bila peluang dah ada depan mata, lebih baik kita mencuba. Daripada menyesal di kemudian hari sebab tak mencuba.

Apa pun semoga batch kali ni dapat bersabar menunggu result dan redha dengan apa jua kemungkinan yang akan berlaku. Do not expect too much, just let everything flow. Sibukkan diri dengan benda lain. Penuhi masa dengan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti volunteering ke blogging ke (eh tiberr).

Yang masih belum ada pekerjaan, buat sementara boleh cuba buat bisnes online atau kerja part-time such as tutor. Jadi tutor seriously boleh buat income tau. Kaknie ada kawan yang sanggup berhenti kerja engineer and then jadi tutor full-time. Di samping dapat duit, pahala pun besar sebab mengajarkan ilmu.

Just remember, rezeki tak pernah salah alamat. ❤

p/s: Gambar tu handbag yang Kaknie beli for the sake of the PTD interview. Haha. Korang pun mesti ada jugak kan anything yang korang beli semata-mata untuk interview?

XO

16 thoughts on “Oh Oh PTD.”

  1. Lama dah tak exam PTD lepas frust selalu xlulus exam.
    Pernah merasa dua kali exam bertulis dan sekali je online.
    Lepas tu terus kecewaaa merajuk dengan ptd. haha

    btw, all the best ya. Moga ada rezeki nanti.. 🙂

  2. All the best ye.. walaupun saringan PTD ni susah sikit tapi kalau dah rezeki. In Shaa Allah pasti menjadi milik kita. Yang penting jangan give up ye

  3. Betul Ella. Rezeki tak pernah salah alamat. Mungkin rezeki lambat, tapi Inshallah akan ada nanti. Buat yang terbaik dan serahkan pada Dia.

    Siqah pernah beli kasut bertumit warna hitam for the sake of interview. Hihi. Mujurlah ada orang sudi menghulur untuk belanja beli. Maklumlah takde income kan. Hii.

    1. Insyaallah.. thank you for your words Siqah. Ella yakin dan percaya setiap manusia ada rezeki masing-masing. Kita hanya perlu buat yang terbaik dan Allah akan aturkan yang terbaik untuk kita kan 🙂

      Wahh untung la ada orang belanja :p

    1. Yes, you’re right Rasya. It’s quite hard as candidates will be evaluated not only based on their academic result, but also based on their physical condition, knowledge on current issue and personality. Thank you so much for your wish! ?

    1. Eh jangan la fikir macam tu. PTD ni pada pendapat saya antara jawatan yang cukup subjektif. Maksudnya tak semua orang sesuai jadi PTD. Kadang-kadang kita rasa rendah diri sebab tengok orang lain macam lebih hebat, tapi kita tak sedar kita ada ciri-ciri yang diperlukan dan sesuai untuk jadi seorang PTD. Jika ada peluang untuk apply jawatan PTD lepas ni, just go for it okay? Mana tahu ada rezeki, we never know ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *