Current Issue

Social Responsibility.

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman, seorang personaliti TV yang terkenal. Kebetulan tadi masa Kaknie duduk di ruang tamu sambil melayan kerenah Lucky, terdengar berita tentang pemergian Allahyarham. Difahamkan, Allahyarham yang berusia 61 tahun itu meninggal dunia selepas menunaikan solat Subuh di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah.

Walaupun Kaknie kurang familiar dengan nama Datuk Mahadzir Lokman, namun ternyata personaliti ini cukup terkenal since Kaknie lihat begitu banyak liputan media dibuat tentang Allahyarham.

Selain berita tentang pemergian Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman, perkongsian peribadi oleh saudara dan kenalan Allahyarham mengenai diri Allahyarham semasa hidupnya turut direkodkan oleh media. Rata-rata mengatakan Allahyarham seorang yang cukup disayangi dan disegani, juga seorang yang tegas tetapi penyayang.

Apa yang menarik perhatian Kaknie adalah pendapat daripada seorang wanita yang pernah menjadi rakan sekerja Allahyarham (tak ingat pula apa nama puan tu) yang menganggap Allahyarham seperti big brother kerana sentiasa membimbing dan tidak lokek memberi tunjuk ajar kepada adik-adik.

Puan tu kata, pesanan yang paling dia ingat tentang Allahyarham ialah tentang kepentingan social responsibility.

Allahyarham selalu menekankan tentang sebutan. Pastikan sebutan betul dan jelas.

Kalau tak tahu how to pronounce a word, please do research first.

Either call British Council or refer to any reliable sources. Confirm kan dulu sebutan tu macamana sebelum bercakap di kaca TV.

Sebab kalau dah salah sebut, nanti generasi muda pun akan ikut sebut yang salah.

We are responsible for our young generation.

That is one example of social responsibility yang ditekankan oleh Allahyarham bagi mereka yang bekerja dalam bidang penyiaran – dengan memastikan sebutan setiap perkataan adalah betul supaya generasi muda juga akan menyebutnya dengan betul.

In my opinion, each of us must possess a sense of social responsibility. Tak kira siapa pun. Tua atau muda, guru atau pelajar, majikan atau pekerja. Masing-masing perlu memainkan peranan tersendiri.

Apatah lagi kalau jadi public figure. Kena la ada sense of social responsibility yang lebih tinggi dari orang biasa. Because every single things that you do, people will watch you. Especially those kipas-susah-mati, mesti cepat je nak follow apa idola dorang buat. Dah tak fikir benda tu betul atau salah, halal atau haram. Yang penting “I follow you idol“.

Kesimpulannya, sama-sama la kita saling ingat mengingati dan berpesan-pesan pada benda yang baik. ❤️

p/s: Boleh bagi contoh social responsibility yang biasa korang buat? Share kat ruangan komen ya.

XO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *