Beauty

Cara Atasi Masalah Bibir Kering dan Mengelupas Dalam Masa 3 Hari

Masalah bibir kering dan mengelupas? Hmm I bet hampir semua orang pernah mengalami masalah ni kan? Saya pun pernah, and it was really a nightmare! ☹️

Nak dekat 2 tahun saya suffer masalah bibir kering dan mengelupas ni. Saya start perasan bibir selalu kering dan mengelupas on mid October 2016. Mula-mula tu tak risau sangat, saya just banyakkan minum air masak. Tapi tengok condition bibir tak ada perubahan pun, malah makin teruk sampai selalu bleeding disebabkan bibir kering sangat.

Bila jadi macam tu, masalah lain pula muncul which is low self-esteem. Seriously saya rasa tak confident nak berhadapan dengan orang with that lips condition. Ramai tegur kenapa bibir saya kering dan mengelupas. Ya Allah, memang rasa down gila time tu.

Sampai one of my friend said, “You better pergi jumpa doktor. Bibir ni aset wanita tau. Jatuh saham you nanti.” ?

Sepanjang setahun lebih, saya dah pergi klinik 3 kali. Minum air masak lebih 5L sehari, letak macam-macam kat bibir but still no changes at all. Semua doktor yang Kaknie jumpa tu kata, “Awak dehydration je ni. Minum air masak banyak lagi ye.” Sobs.

Ikutkan hati memang rasa nak give up je. Tapi tak boleh. Yela bibir kan aset wanita, bak kata kawan saya tu.

So, last week saya pun pergi lagi ke klinik. Kali ni saya dapat doktor perempuan (sebelum ni semua doktor saya jumpa tu lelaki). Saya pun cerita la gitu gini. Doktor tu tak cakap banyak, terus je dia suruh saya beli lipbalm Nivea Original Care warna biru dan Vitamin E Oil kat drugstore.

Dan dia ada juga pesan jangan basahkan bibir dengan air liur (which saya selalu buat hewhew) – use water instead and dap dap kat bibir. Banyakkan makan buah, ambil vitamin C, jangan kupas bibir. And of course, banyakkan minum air masak.

Kenapa doktor pesan jangan basahkan bibir dengan air liur?

Air liur mengandungi enzim pencernaan seperti amilase dan maltase di mana ia berfungsi untuk mencerna makanan. Jadi, bila kita kerap basahkan bibir dengan air liur, enzim tu akan melekat pada bibir dan akan mencerna bibir kita pulak. Cerna = urai = hancur. That’s why doktor suruh guna air je kalau nak basahkan bibir.

Memang banyak input doktor tu bagi sampai saya pun rasa motivated balik nak solve masalah bibir Kaknie ni. So keluar je dari klinik tu, saya pun terus la pergi cari drugstore dan beli apa yang doktor tu suruh.

Then, saya start apply lipbalm Nivea dan Vitamin E Oil brand Organic Aid (as in pic) on last Monday. Waktu siang, saya apply lipbalm dan waktu malam pula apply Vitamin E Oil. Sentiasa pastikan bibir jangan kering. Kalau rasa bibir nak kering, cepat-cepat apply lipbalm atau oil tu.

After consistently using both products for 3 days, saya tengok bibir saya dah tak kering dan mengelupas. Yayyy!! Alhamdulillah akhirnya settle jugak problem bibir ni!!

Yang ada masalah sama, boleh la cuba lipbalm Nivea dan Vitamin E Oil tu. Mana tahu berkesan untuk you jugak. ?

Apa-apa pun please consult first with doctor ya kalau rasa bibir makin kering, mengelupas atau gatal. Sometimes ada yang disebabkan oleh infection.

Till next post!

Disclaimer 1 : Products that I have suggested in this post may or may not suit with you. The effectiveness on individuals may vary.

Disclaimer 2 : These products work amazingly for me within 3 days, however individual results may vary.

Disclaimer 3 : This is not a sponsored post, just an appreciation post because finally I got my lips back after using these products!

XO

10 thoughts on “Cara Atasi Masalah Bibir Kering dan Mengelupas Dalam Masa 3 Hari”

    1. I pun selalu pakai vaseline sebelum ni, tapi time bibir kering tu I tak serasi dah dengan vaseline. Bibir jadi lagi mengelupas. So far pakai 2 produk ni memang best, bibir nampak glowing healthy gitu hehe

  1. wow… nice sharing. anak akak mengalami masalah bibir kering ni… t.ksih boleh cuba lipbalm nivea dan vit E oil ni

    1. Yes, Vaseline is a great product and cheap! I also have tried using it for few weeks to treat my dry and chapped lips before I tried the two products above. Unfortunately it didn’t work and my lips condition became worse. ?

  2. haih ni memang masalah sangat2. kadang2 okay kadang2 tak.. lagi2 pakai lip matteeeee hahaha stress kalo mengelupas

    1. Memang tak suka kalau bibir start mengelupas, tangan ni ha gatal nak kupas ? Itu la sometimes bibir kering mengelupas because of lipstick. Kena try and error tengok mana satu yang sesuai dan tak keringkan bibir ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *