Recipe

Resepi Red Velvet Chocolate Chip Cookies Paling Sedap Dan Crunchy

Sepatutnya Kaknie post entri ni sebelum raya haji, tapi sebab waktu tu busy siapkan order Red Velvet Chocolate Chip Cookies untuk geng cikgu sekolah maka baru hari ni Kaknie sempat update. First time Kaknie cuba buat cookies ni masa bulan puasa hari tu. Tak sangka ramai kata sedap and crunchy. Dia punya crunchy tu ngam-ngam, tak rapuh dan tak keras. Anyway resepi red velvet cookies ni Kaknie dapat dari blog Kak Ita. Thank you akak sebab share resepi best ni, seriously ramai puji sedap!

Bahan-bahan :

  • 120 gm marjerin Planta
  • 10 gm minyak sapi
  • 100 gm gula kastor
  • 120 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung beras
  • 50 gm badam cincang
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 sudu besar pewarna merah
  • 30 gm cip coklat

Cara-cara membuat RED VELVET CHOCOLATE CHIP COOKIES :

  1. Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko. Ayak semua bahan ini dan asingkan.
  2. Sementara tu, bakar badam cincang dalam oven dengan suhu 170 C selama 5 minit.
  3. Dalam bekas lain, satukan marjerin Planta, minyak sapi dan gula kastor. Putar semua bahan ini sampai adunan jadi kembang dan bertukar warna kuning pucat.
  4. Tambahkan kuning telur dan putar sebati.
  5. Tambahkan esen vanila dan pewarna merah, then putar lagi bagi adunan rata.
  6. Next, masukkan bahan yang kita dah ayak tadi. Gaul dengan senduk kayu atau spatula rata.
  7. Masukkan badam cincang dan cip coklat. Gaul rata.
  8. Susun doh adunan ikut saiz yang korang suka. Boleh hias permukaan doh dengan cip coklat.
  9. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 20 minit. (Note : Panaskan oven 15 minit awal sebelum bakar doh).
  10. Bila dah siap, susun cookies molek dalam bekas kedap udara.

Selamat mecuba! 🙂

XO

4 thoughts on “Resepi Red Velvet Chocolate Chip Cookies Paling Sedap Dan Crunchy”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *