Beauty

10 Langkah Rutin Penjagaan Wajah (The 10-step Korean Skincare Routine)

Sekarang ni ramai dah mula aware tentang rutin penjagaan kulit wajah. Pelbagai jenis rutin, tips and tricks dikongsikan di blog, Facebook, Instagram dan Youtube.

Dan antara rutin yang paling terkenal adalah the 10-step Korean skincare routine. Rutin ni bukan sekadar rutin tau – it’s a lifestyle yang telah menjadi fenomena di seluruh dunia!

Kaknie pun baru start amalkan this routine. Tapi tak complete lagi 10 steps. By next month insyaallah cukup hihi. Tengah survey produk yang mampu milik. Sekali sekala invest untuk diri sendiri, mana la tahu berkesan kan.. Teringin juga nak glass skin. ?

Basically the 10-steps Korean skincare routine ni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu :

  1. Cleanse (Step 1-3)
  2. Prep (Step 4)
  3. Nourish (Step 5-8)
  4. Protect (Step 9-10)

So, hari ni Kaknie nak share briefly apa dia the 10-step Korean skincare routine. Enjoy your reading!

Step 1 : Makeup remover / Oil cleanser

Ini adalah asas yang pertama kepada double cleansing method. Orang Korea memang suka amalkan double cleansing method ni untuk make sure kulit betul-betul bersih daripada segala kotoran. Dalam step ni, you all boleh guna oil cleanser atau micellar cleansing water. But I prefer oil cleanser. Sebab oil cleanser ni lebih powerful berbanding makeup remover.

Oil cleanser sangat berkesan untuk menanggalkan makeup dan mencairkan daki-daki pada kulit wajah especially dalam pori-pori. Teknik oil cleansing ni sebenarnya adalah untuk menarik keluar oil-based impurities dalam kulit kita seperti sebum dan pollution.

Kalau you tak pakai makeup sekalipun you still kena buat step ni sebab sunblock dan moisturizer juga boleh menyebabkan pori-pori tersumbat. Bila kita tak bersihkan pori-pori yang tersumbat tu, nanti susah kulit kita nak serap produk lain dengan effective. So, kena cuci muka betul-betul dengan oil cleanser.

Contoh ingredients yang bagus dalam oil cleanser : Macadamia oil, Jojoba oil, Grape seed oil.

Step 2 : Water-based / Foam cleanser

This step adalah langkah yang kedua dalam double cleansing method. Seperti oil cleanser, water-based cleanser penting untuk membersihkan water-based impurities seperti habuk dan peluh. Konsepnya adalah minyak menarik minyak dan air menarik air. Then, barulah kulit kita betul-betul bersih. Gunakan cleanser yang sesuai dengan your skin.

Contoh ingredients yang bagus dalam water-based/foam cleanser : Green tea extract, Rice extract, Pearl extract.

Step 3 : Exfoliate

Sebut je exfoliate, pasti akan terbayang scrub kan? Okay step ni sangat penting untuk buang semua sel kulit mati kat muka kita. Bayangkan kalau kita tak pernah exfoliate muka kita, betapa banyaknya sel kulit mati yang terkumpul dan ini yang menyebabkan kulit muka jadi kusam tau. Lepas tu kulit pun tak dapat serap produk lain dengan effective.

Bila kita buat exfoliation, sel kulit mati akan dibuang and then barulah sel kulit baru dapat dihasilkan dan seterusnya meningkatkan kadar penyerapan kulit.

Exfoliation ni ada dua jenis iaitu physical exfoliation dan chemical exfoliation. Yang you terbayang scrub ada biji-biji tu, that is physical exfoliation. Chemical exfoliation pula lebih gentle daripada physical exfoliation – guna bantuan acid untuk membuang sel kulit mati. Contohnya AHA (Alpha Hydroxy Acid) dan BHA (Beta Hydroxy Acid). Apa beza AHA dan BHA? Nanti Kaknie cerita in the next entry. Nak cerita sekarang confirm sampai esok pagi tak habis menaip ni haha. Next time will do a post about that ya.

Contoh ingredients yang bagus dalam exfoliator : Black sugar, Salicylic acid, Lactic acid.

Step 4 : Toner

Lepas buat exfoliation, pori-pori kita akan terbuka. So, penggunaan toner sangat penting untuk tutup balik pori-pori tu dan balance kan semula pH kulit kita. Toner juga akan membuang saki baki dari cleanser dan membaiki skin barrier supaya dapat menyerap produk yang seterusnya seperti essence, serum dan moisturizer.

Toner ada banyak jenis. Ada yang jenis liquid dan mist. Ada yang perlukan cotton pad dan ada yang boleh guna tangan je then dap dap kat muka. Ikut la mana yang you suka, janji tahu ingredients dalam toner tu samada sesuai untuk your skin types or not.

Contoh ingredients yang bagus dalam toner : Aloe, Licorice, Citric acid.

Step 5 : Essence

Essence adalah step yang paling penting dan paling effective dalam penjagaan kulit. Tapi ia juga biasanya yang paling mahal antara produk rutin lain. Essence berfungsi untuk membaiki sel kulit dan generate sel baru. Biasanya essence ni lightweight dan mengandungi campuran ingredients yang bersifat hydrating, anti-ageing dan complexion-enhancing.

Contoh ingredients yang bagus dalam essence : Hyaluronic acid, Rice extract, Yeast.

Step 6 : Serum

Next step lepas apply essence ialah serum. Ramai yang keliru apa beza essence dengan serum. In general, serum lebih concentrated berbanding essence. Serum juga mempunyai fungsi yang lebih spesifik seperti untuk mencerahkan kulit, untuk menghilangkan jeragat atau untuk menghilangkan parut jerawat.

Contoh ingredients yang bagus dalam serum : Soybeans, Tea tree, Vitamin C.

Step 7 : Sheet mask

Kalau perasan, orang Korea sangat suka pakai sheet mask kan? Sheet mask sememangnya kaya dengan essence yang baik untuk kulit seperti collagen atau plant extract. Pergi drugstore, memang pening nak pilih sheet mask mana satu. Rasa nak angkut semua je haha. Wajib pakai sheet mask ni supaya kulit kita dapat menyerap segala essence atau extracts secara maksimum. Hasilnya kulit akan jadi lebih glowing blink blink.

Contoh ingredients yang bagus dalam sheet mask : Cucumber, Green tea, Rose.

Step 8 : Eye cream

Kulit di bawah mata kita ni adalah yang paling nipis dan sensitif. That’s why tanda-tanda penuaan biasanya akan nampak di area mata dulu. Dan sebab tu orang Korea dah start pakai eye cream seawal umur 25 tahun. They want to prevent wrinkles kat area mata tu lebih awal. Tekstur eye cream sangat lembut, so nak apply kat area mata pun kena lembut jugak. Guna jari kelingking je. Jangan sesekali menggosok atau men-tonyoh okay.

Contoh ingredients yang bagus dalam eye cream : Honey, Ginseng, Lily.

Step 9 : Moisturizer

Walaupun you rasa kulit you dah cukup lembap selepas apply essence dan serum, you still need to apply moisturizer. Untuk yang kulit berminyak pun perlu apply moisturizer. Kulit kita ni kena pastikan sentiasa lembap. Bila lembap, tak ada peluang untuk sebum nak keluar which will cause acne problem.

Ada banyak jenis moisturizer di pasaran. Ada yang dalam bentuk cream, gel dan lotion. Pilih moisturizer based on your skin types. Baca label, kat situ ada state whether it is suitable for oily skin, dry skin or normal skin.

Contoh ingredients yang bagus dalam moisturizer : Bamboo, Snail mucin, Centella asiatica.

Step 10 : Sun protection

Finally, the last step of the Korean skincare routine! Untuk rutin waktu siang, step terakhir ialah pakai SPF atau sunblock. Kalau you nak mekap, apply dulu sunblock then baru apply primer whatsoever.

SPF/sunblock ni wajib pakai tak kira you oily or dry skin. If you tak pakai, sia-sia je you apply semua step di atas. Sinar UV senang-senang je boleh tembus ke lapisan kulit dan merosakkan sel kulit. So, make sure pakai SPF/sunblock ya.

Untuk rutin waktu malam pula, sila pakai sleeping mask atau night cream. Sleeping mask ni berbentuk gel yang kita pakai overnight – means dari malam sampai ke pagi. Night cream boleh pilih ikut skin type.

Contoh ingredients yang bagus dalam SPF/sunblock : Titanium dioxide, Zinc oxide.

=======================================

10 langkah ni nampak je macam susah nak amalkan, tapi bila dah biasa okay je. Kata nak dapat glass skin kan, kena la rajin. Let’s cantik togetha getha boskuu! ❤️

Sumber rujukan utama : The 10 Step Korean Skin Care Routine by Soko Glam

XO

2 thoughts on “10 Langkah Rutin Penjagaan Wajah (The 10-step Korean Skincare Routine)”

  1. 10 steps skincare routine ni ya ampun ??? tapi tu lah nak cantik, nak dapatkan glass skin macam orang korea kena lah rajin, betul tak? ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *