Beauty

Nak Kulit Glowing? Wajib Tahu Tentang AHA dan BHA

From my previous entry, Kaknie ada sebut pasal chemical exfoliation. This type of exfoliation guna acids untuk buang sel kulit mati iaitu Alpha Hydroxy Acids (AHA) dan Beta Hydroxy Acids (BHA).

So kalau nak kulit yang healthy-looking dan glowing, you kena familiar dengan terms AHA dan BHA ni. Sebelum Kaknie cerita tentang AHA dan BHA, Kaknie nak explain sikit tentang chemical exfoliation.

Chemical exfoliation

In general, chemical exfoliation bertindak untuk “unglue” (should I say menguraikan?) the bonding that holds dull and dead skin cells on the skin’s surface. Once the bonds are broken, kulit akan digantikan dengan sel kulit yang baru.

Bayangkan macam ular yang bersalin kulit tu, kulit lama dia tinggalkan dan ganti dengan kulit baru. Macam tu juga kulit kita.

Walaupun kita tak nampak kulit kita tengah “bersalin” (exfoliate), eventually kita akan dapat rasa kulit kita lebih licin dan lembut.

Sebab tu kalau tak rajin exfoliate muka, seriously muka akan nampak kusam and sometimes a bit rough. Kusam sebab banyak sel kulit mati yang terkumpul kat permukaan kulit. Bila sel kulit mati dah memenuhi seluruh permukaan kulit, how can we expect each products yang kita pakai akan dapat diserap sepenuhnya?

That’s why we need to exfoliate our skin regularly – and gently. Barulah skin kita sihat dan glowing!

Perbezaan AHA & BHA

For AHA and BHA – one thing you have to bear in mind, NO ACIDS ARE BETTER THAN THE OTHER. Maksudnya, kita tak boleh kata AHA is better than BHA and vice versa. Both acids ada characteristics tersendiri, which they target different needs.

Contoh produk AHA & BHA

Dari kiri : Paula’s Choice Skin Perfecting 8% AHA Gel, COSRX AHA 7 Whitehead Power Liquid, The Ordinary AHA 30% + BHA 2% Peeling Solution.
Dari kiri : Paula’s Choice Skin Perfecting 2% BHA Liquid, Clarins Gentle Exfoliator Brightening Toner Tamarind and White Nettle, COSRX BHA Blackhead Power Liquid.

Produk AHA dan BHA ada jual kat drugstore, even online pun banyak. Boleh terus search kat Hermo, Shopee atau Watsons. Nak cari product Korean brand, boleh ke Instagram @gorgeousgenes. Soon mereka akan ada website. Lagi mudah nak order.

AHA / BHA Guidelines and Tips

  • Daily use – Boleh guna AHA/BHA setiap hari, once or twice a day. Tapi buat secara berperingkat dulu kalau baru nak cuba. Mula dengan seminggu sekali, then selang sehari dan bila kulit dah mula serasi, pakai setiap hari.
  • Low % first – Introduce AHA/BHA to your skin with low % first. Slowly upgrade to higher % bila kulit dah biasa.
  • Wajib pakai SPF – Exfoliants especially AHA boleh menyebabkan kulit menjadi photosensitive. Maksudnya kulit akan jadi lebih sensitif kepada matahari. Nanti boleh jadi makin burn kulit kalau tak pakai SPF after exfoliate.
  • Bila masa nak apply AHA/BHA? – After cleansing and toning.
  • Boleh pakai AHA dan BHA serentak? – Boleh, tapi alternate. Contohnya, pagi you apply BHA. Petang you apply AHA. Atau hari ni apply BHA then esok apply AHA. But it’s better to check your skin first.
  • Waiting time – Tak perlu tunggu toner kering sampai 20 minit. Once you rasa toner dah dried up, boleh terus apply AHA/BHA. Sama juga dengan selepas apply AHA/BHA. Rasa dah kering je, boleh terus continue dengan produk seterusnya.
  • Mana satu lebih sesuai untuk kulit sensitif? – Go for BHA sebab dia ada sifat anti-inflammatory dan anti-bacterial.
  • Wanita mengandung dan breastfeeding – Tidak digalakkan guna chemical exfoliation AHA/BHA. Please consult with doctor first.

Okay that’s all for now. I hope these information are sufficient for basic exposure about AHA and BHA. Tulis panjang sangat nanti macam-macam terms pulak keluar, lagi you all pening. Dengan Kaknie sekali pening. Haha.

Till next post!

Sumber rujukan utama : AHA vs BHA: What’s the Difference and Why Should You Use Them?

XO

4 thoughts on “Nak Kulit Glowing? Wajib Tahu Tentang AHA dan BHA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *