Career

Jenis Kerjaya Yang Sesuai Berdasarkan Ujian Personaliti

Jika korang perasan, sesetengah syarikat terutamanya syarikat MNC memerlukan calon yang dipanggil temuduga untuk menjawab ujian psikometrik atau ujian personaliti. Antara ujian yang terkenal adalah ujian personaliti DISC. Ada yang bertanya, apakah kepentingan ujian ini dalam temuduga kerjaya? Di sini Kaknie ingin berkongsi lebih lanjut tentang personaliti DISC dan kepentingannya dalam kerjaya.

Seperti yang kita tahu, kerjaya adalah satu aspek yang merangkumi sebahagian besar daripada aktiviti hidup kita. Dalam seminggu, kita menghabiskan sekurang-kurangnya 5 hari untuk kerjaya kita. Malah, ada juga kerjaya yang menuntut komitmen sehingga 6 ke 7 hari. Semua itu bergantung kepada jenis kerjaya dan skop kerja.

Oleh itu, amat penting untuk kita kenali jenis kerjaya yang sesuai dengan jiwa dan minat kita. Kita perlu tahu apakah kekuatan dan kelemahan diri kita. Ini kerana hal berkaitan kerjaya adakalanya tidak cukup dengan minat sahaja, ia memerlukan lebih daripada itu. Maka, sebab itulah ada company yang menggunakan ujian personaliti seperti DISC ini ketika sesi temuduga sebagai salah satu cara untuk mereka mengetahui personaliti sebenar seseorang calon.

Dengan keputusan ujian personaliti DISC, majikan akan dapat mengenalpasti di mana kekuatan dan kelemahan calon. Walaupun terdapat kemungkinan ada calon yang memberi jawapan bias, itu bukan satu masalah kepada majikan kerana sudah pasti majikan dapat menilai sendiri kebolehan dan potensi calon tersebut sewaktu sesi temuduga. Namun, keputusan ujian personaliti ini tetap diambil kira sebagai gambaran awal personaliti calon.

You all boleh google ‘DISC personality test‘ untuk mengambil ujian personaliti DISC. Terdapat pelbagai laman yang menyediakan ujian ini secara percuma seperti Online Personality Tests123test, dan Discovery Report. Sebenarnya ada banyak lagi ujian personaliti yang lain seperti Myers-Briggs, tapi untuk entri ini kita fokus pada DISC sahaja.

Dah dapat keputusan ujian personaliti? Jom lihat jenis kerjaya yang sesuai berdasarkan your DISC personality.

1. D – Dominant

  • Entrpreneurs
  • Management
  • Lawyer
  • Enforcement
  • Supervisor

2. I – Influential

  • Advertising/Marketing
  • Public Relations (PR)
  • Training
  • Sales
  • Teacher


3. S – Steady

  • Finance/Economics
  • Healthcare
  • Human Resources
  • Manufacturing
  • Customer Service

4. C – Conscientious

  • Accounting
  • Auditing
  • Engineering
  • Architecture
  • Computer Programming
  • Research & Development

Jenis kerjaya yang disenaraikan di atas hanya untuk memberi idea kepada you all tentang kerjaya yang manakah sesuai dengan you punya personaliti DISC. You boleh buat lebih banyak research untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.

Paling penting, jangan takut untuk menjawab dengan JUJUR dalam ujian personaliti. Ia bukan untuk menunjukkan siapa yang lemah atau siapa yang kuat. Sebaliknya, setiap personaliti ada kepentingan masing-masing dalam sesebuah organisasi. Keputusan dari ujian ini akhirnya akan memberi manfaat juga buat you all supaya you tahu jenis kerjaya apakah yang sesuai dengan you punya personaliti.

Sumber informasi: PeopleKeys.com

XO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *