Travel

Itinerari Percutian Ke Perth 8 Hari 7 Malam Bersama Keluarga

Alhamdulillah, ada juga kesempatan untuk Kaknie update blog hari ni. Rupanya dah sebulan lebih Kaknie tak up entry. So, kali ni Kaknie nak share itinerari percutian Kaknie bersama keluarga baru-baru ini ke Perth, Australia selama 8 hari 7 malam.

Plan kami untuk bercuti ke Perth ni sebenarnya agak last minute. Bulan 10 baru beli tiket flight untuk semua family members (7 orang). Trip kami bermula 1/12/2018 hingga 8/12/2018. Kami pergi sendiri tanpa ikut mana-mana travel agent. Sempat jugak la buat sedikit research tentang tempat-tempat menarik untuk dilawati di sekitar Perth.

Masa percutian kami ni, Perth baru masuk musim panas selepas musim bunga. Suhu maksimum lebih kurang 28 darjah Celcius dan suhu minimum pernah cecah 13 darjah Celcius. Hujan ada jugak tapi kejap-kejap je. Yang bestnya walaupun cuaca cerah tapi angin dia tu fuhh boleh tahan sejuk! Sebab tu kalau korang perasan gambar Kaknie banyak pakai jaket denim. Kaknie memang spesis tak tahan sejuk. Haha.

Okay, jom baca itinerari ringkas percutian kami sekeluarga ke Perth. Enjoy reading guys!

Hari Pertama (1/12/2018 – Sabtu)

  • Flight KKIA-Perth – Bertolak pukul 8:15AM, sampai pukul 1:50PM.
  • Terus beli simkad Optus kat airport – masa ni tengah promo AUD 20 untuk 45GB (normal price AUD 40).
  • Ambil kereta sewa kat airport – kami sewa kereta dengan Avis (https://www.avis.com/).
  • Check in homestay di Balga – rumah ada 3 bedrooms, 2 bathrooms.
  • Pukul 7.30PM kami keluar nak shopping barang dapur seperti beras, sayur, ayam. Tapi rupanya kedai kat sini tutup awal on weekend. Biasanya pukul 6:00PM dah tutup.
  • Jadi, malam tu kami dinner kat McDonald’s Mirrabooka – McDonald’s kat sini halal. Kawasan Mirrabooka ni ramai Muslim dari Middle East.
Inilah kereta sewa kami. Tak ingat model apa ni, lebih kurang macam Fortuner.
Our homestay.

Hari Kedua (2/12/2018 – Ahad)

  • First stop – Blue Boat House
  • Kami park kereta di King’s Park Avenue – tempat paling dekat dengan Blue Boat House.
  • Tak ada bayaran parking sebab kami park kereta tepi jalan je, tapi pastikan tak menghalang lalu lintas.
  • Second stop – Fremantle Markets
  • Salah satu tempat famous untuk beli souvenir. Macam-macam ada.
  • Tempat ini hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. (https://www.fremantlemarkets.com.au/)
  • Ada banyak tempat parking kat sini, no worries.
  • Third stop – Kailis’ Fish Market Cafe
  • Wajib singgah sini kalau korang ke Perth. Tak jauh dari Fremantle Markets.
  • Port makan paling happening! Makanan sedap, pemandangan pun cantik.
  • Nearby places ada Shipwreck Museum, ada taman, ada ferris wheel.
  • Fourth stop – Elizabeth Quay & Bell Tower
  • Jalan-jalan sightseeing bandar Perth.
  • Parking kereta kat Terrace Park – 1 jam AUD 4
Kat sini la kami parking untuk ke Blue Boat House – King’s Park Avenue.
Iconic place in Perth – Blue Boat House.
Fremantle Markets.
Fremantle Markets trading hours.
Suasana dalam Fremantle Markets.
On the the other side of the market.
Kailis’ Fish Market Cafe.
Menu wajib semestinya fish ‘n’ chips!
Elizabeth Quay + Perth city.
Bell Tower – Ambil gambar dari luar je, tak masuk dalam pun.

Hari Ketiga (3/12/2018 – Isnin)

  • First stop – Lancelin Sand Dunes
  • Bertolak pukul 8:30AM – perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.
  • Entrance ke Lancelin Sand Dunes free.
  • Nak main sand boarding, boleh sewa sand board AUD 10 sekali bayar.
  • Kami satu family malas nak main sand boarding bila tengok orang main tapi kena ‘mengayuh’ dengan tangan untuk turun. Haha.
  • Dah puas bergambar, kami singgah ke pekan Lancelin untuk lunch.
  • Second stop – The Pinnacles
  • Perjalanan lebih kurang 45 minit dari Lancelin Sand Dunes.
  • Entrance fee AUD 13 per vehicle.
  • Boleh tahan panas kat sini. Kami pulak tak pakai sunblock. Haa berbelang habis tangan dan muka!
  • Ambil gambar je kat sini lepas tu terus balik ke homestay.
Lancelin.
Lancelin Sand Dunes – luas sangat kawasan ni. Korang nak berguling pun orang tak kisah.
Moment ni paling tak boleh lupa – tayar kereta kami terkubur dalam pasir! Haha. Patutlah kat tempat ni ada advertise towing service. Tapi nasib baik adik-adik Kaknie semua gagah perkasa, so tak jadi call towing hehe.
The Pinnacles.
Unik dan indah kejadian batu kat sini.

Hari Keempat (4/12/2018 – Selasa)

  • First stop – Mandurah
  • Bertolak pukul 9:00AM dan sampai di Mandurah pukul 10:30AM.
  • Jalan-jalan kat area markets.
  • Barang kat sini agak mahal. Mungkin sebab Mandurah ni area orang ada-ada.
  • Kami lunch di Mandurah Kebab House. Makan pizza chicken and vege dan turkish long bread. Boleh tahan sedap jugak.
  • Second stop – Penguin Island
  • Dari Mandurah nak ke sini ambil masa lebih kurang 30 minit.
  • Sampai je kami terus beli tiket feri di kaunter jeti – AUD 27 per adult. (https://www.penguinisland.com.au/)
  • Dari jeti ke Penguin Island sekejap je, 5 minit.
  • Kami ronda-ronda kawasan dulu sementara nak tunggu pukul 2:30PM untuk penguin feeding show.
  • Pulau ni banyak sangat burung. Salah satunya ialah pelicans. Kaknie rasa macam ada kat dunia lain kejap sebab view dia epic sangat, macam dalam filem.
  • First time tengok penguin in real life. Kat sini hanya ada spesis Little Penguins. Macam tengah tengok Pingu je haha comel sangat!
  • Dah habis show, kami terus balik ikut feri pukul 3:15PM.
  • Third stop – Kings Park and Botanic Garden
  • Salah satu taman dalam bandar yang terkenal dan terbesar di Perth CBD.
  • Lokasi taman ni kat atas bukit. Dari situ korang boleh menikmati view yang sangat cantik dengan latar belakang bandar Perth.
  • Parking free.
  • Fourth stop – Perth CBD
  • Jalan-jalan di Hay St dan Murray St.
  • Makan malam di Insan’s Cafe – owner dia orang Malaysia. Very friendly! Makanan pun sedap. (http://insanscafe.com.au/)
Kat Mandurah ni banyak bot-bot mewah.
Cuci mata kat mini markets.
Welcome to Penguin Island!
Pemandangan sekitar Penguin Island.
Jalan terkedek-kedek haha comel gila.
Pemandangan Perth CBD dari Kings Park.
Jalan-jalan di Hay St & Murray St.

Hari Kelima (5/12/2018 – Rabu)

  • Hari ni kami spend sehari suntuk di Caversham Wildlife Park.
  • Perjalanan 30 minit dari homestay.
  • Entrance fee AUD 29 per adult.
  • Ada banyak station seperti Meet Wombat & Friends, Koalas, Molly’s Farm, Reptiles, Penguin dan Kangaroo Feeding.
  • Korang boleh plan awal tentatif aktiviti kat Caversham Wildlife Park ni, so korang tak terlepas peak time for each station. (http://www.cavershamwildlife.com/).
Caversham Wildlife Park.
Masa kami datang ni banyak kangaroo tengah tidur. Depa dah kekenyangan kot haha.

Hari Keenam (6/12/2018 – Khamis)

  • First stop – Margaret River Chocolate Factory
  • Kilang coklat yang terletak di Swan Valley. Dari homestay kami ambil masa 30 minit perjalanan.
  • Ada macam-macam jenis perisa coklat dan bentuk coklat dijual di sini.
  • Kami beli sikit je, harga dia tak ada la murah pun. Rasa pun bagi Kaknie biasa-biasa je.
  • Aktiviti kami kat sini makan aiskrim dan melawat kebun anggur di laman belakang kilang.
  • Second stop – Windarra Bee Honey
  • Shop kecil jual madu asli – lebih kurang 5 minit dari Margaret Chocolat Factory.
  • Boleh rasa madu free.
  • Third stop – Swan Valley Town
  • Kami singgah ke sebuah taman kat sini untuk lunch.
  • Lepas lunch, jalan-jalan kat pekan. Banyak bangunan lama kat sini.
  • Fourth stop – Araluen Botanic Park
  • 45 minit perjalanan dari pekan Swan Valley.
  • Entrance fee AUD 6 per adult.
  • Waktu kami pergi ni tak banyak sangat bunga. Yang tengah mekar bunga ros je. Mungkin kena pergi waktu musim bunga baru meriah.
  • Fifth stop – Mirrabooka Square
  • Singgah sini untuk beli barang dapur sebelum pulang ke homestay.
  • Mall ni besar tapi kedai dia tak banyak pun – kedai paling besar Coles dan Woolworths. (https://www.thesquaremirrabooka.com.au/)
  • Dalam ni ada juga Chemist Warehouse – peminat perfume boleh la borong perfume kat sini.
Coklat di Margaret River Chocolate Factory.
Kebun anggur kat belakang kilang coklat.
Windarra Bee Honey.
Swan Valley Town.
Bunga-bunga yang mekar di Araluen Botanic Park.

Hari Ketujuh (7/12/2018 – Jumaat)

  • First stop – Watertown Brand Outlet
  • Sebelum ke sini, kami breakfast dulu kat The Sarapan di Victoria Park – ada nasi lemak dan roti canai. Fast service, makanan pun sedap.
  • Watertown Brand Outlet ni ala-ala premium outlets kat Malaysia macam JPO – terletak di Perth CBD. (https://www.watertownbrandoutlet.com.au/)
  • Dah habis cuci mata dan cuci duit, kami lunch kat Kailis’ Fish Market.
  • Second stop – E Shed Markets
  • Salah satu tempat famous beli souvenir murah kat Perth. (http://eshedmarkets.net.au/)
  • Beli kat kedai yang seller dia orang Indonesia. Boleh tawar-menawar.
Watertown Brand Outlet – 2 tingkat.
Semua excited nak memborong souvenir sampai lupa nak ambil gambar kat sini haha.
(Credit pic to https://www.fremantlestory.com.au/)

Hari Kelapan (8/12/2018 – Sabtu)

  • Last day kami tak ada ke mana-mana. Just packing barang dan kemas rumah.
  • Flight Perth-KKIA – Bertolak pukul 2:50PM
  • Goodbye Perth, definitely will see you again!

XO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *