Health

7 Tabiat Untuk Turun Berat Badan Dengan Lebih Cepat

Masuk tahun baru 2019 ni, mesti ramai dah pasang azam baru kan? Dalam banyak-banyak azam, antara azam paling famous yang hampir semua orang pasti nak capai ialah NAK TURUN BERAT BADAN. Betul tak?

Kaknie pun berazam nak turunkan berat badan tahun ni. Azam ni Kaknie carry forward dari tahun lepas memandangkan Kaknie tak berjaya mencapai target haha. Setiap kali turun 3-4kg, Kaknie celebrate dengan ‘cheat days’ macam berat tu tak akan naik balik. Hihi. Harap tahun 2019 ni Kaknie berjaya turunkan berat badan sehingga dapat semula berat ideal. Tak sabar nak pakai balik baju-baju lama!

Untuk turunkan berat badan, selain menjaga pemakanan dan juga bersenam, ada beberapa cara lain yang boleh membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan. Berikut Kaknie kongsikan 7 tabiat yang boleh membantu turunkan berat badan dengan lebih cepat :

1. Lebihkan minum air 

Ini tabiat paling asas untuk turun berat badan lebih cepat. Bukan air manis ya, air kosong. Air sebenarnya boleh membantu meningkatkan tenaga dan membakar kalori. Dalam satu kajian, meminum air sebanyak 500ml boleh meningkatkan kadar metabolisma badan sehingga 30%.

Apabila banyak minum air, kita akan rasa lebih ‘kenyang’ dan kurang craving nak makan terutamanya makan makanan manis.

Tips mudah nak tahu samada kita dah minum air secukupnya atau belum, korang hanya perlu ingat formula ini :

25kg berat badan = 1 liter air

Contoh berat badan A adalah 50kg. Jadi, A perlu minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Kalau nak minum lebih dari keperluan minimum pun tak ada masalah. Asalkan jangan teguk air sampai 6 liter sekaligus okay.

2. Makan secara perlahan

Bila makan, pastikan makan secara perlahan. Ini adalah teknik mudah untuk cut kalori.

Setiap kali kita makan, proses ini  boleh mengambil masa sehingga 20 minit untuk sampai ke otak. Maksudnya, waktu kita makan dalam 10 minit pertama tu, otak mungkin belum menerima signal bahawa kita sedang menikmati makanan.

Bayangkan kalau kita makan laju. Sepinggan nasi beriyani dengan ayam masak merah boleh licin dalam masa 10 minit. Perut dah kenyang tapi otak masih kata lapar sebab otak fikir kita tak makan lagi. Otak belum terima signal nasi beriyani dengan ayam masak merah tadi. Tu yang boleh jadi sampai 2-3 round.

Oleh itu, penting untuk kita makan secara perlahan kerana ianya dapat membantu mengurangkan pengambilan makanan yang melebihi keperluan badan.

3. Elak makan sambil menonton TV atau bermain gajet

Memang susah nak fokus untuk makan kalau kita tengah tonton TV, skrol Facebook atau check email. Sedar tak sedar, kita akan makan lebih portion daripada yang sepatutnya.

Sama konsep dengan makan secara perlahan seperti di atas, bila kita tak fokus pada makan, otak pun jadi confuse samada kita dah makan secukupnya atau belum. Otak kita distracted dengan aktiviti lain.

So, bila makan tu just focus pada makan sahaja.

4. Timbang berat setiap hari

Berdiri di atas penimbang setiap pagi boleh menjadi salah satu cara yang berkesan untuk meningkatkan motivasi dan memperbaiki disiplin diri.

Terdapat beberapa kajian yang mengaitkan timbang berat setiap hari dengan penurunan berat badan.

Salah satu daripada kajian tersebut menyatakan mereka yang melakukan timbang berat setiap hari turun 4.4kg secara purata dalam masa dua tahun manakala mereka yang melakukan timbang berat sebulan sekali naik sebanyak 2.1kg.

Untuk hasil terbaik, korang boleh timbang berat setiap hari selepas bangun dari tidur dan sebelum makan atau minum. Waktu tu la korang dapat bacaan berat badan yang tepat.

5. Tidur secukupnya

Nak konsisten tidur secukupnya setiap hari mungkin agak sukar – terutamanya bagi korang yang ‘burung hantu’. Tapi inilah cara yang paling mudah untuk turunkan berat badan dengan lebih cepat.

Tidur membantu mengekalkan hormon ghrelin dan leptin (hormon yang mengawal selera makan) dalam keadaan seimbang. Tanpa tidur yang cukup, hormon ini akan menjadi tidak seimbang dan menyebabkan selera makan meningkat.

Menurut National Sleep Foundation, orang dewasa sepatutnya tidur sekitar 7-9 jam setiap malam. Walaubagaimanapun, ianya bergantung pada aktiviti rutin seseorang. Ada yang tidur 4-5 jam juga sudah mencukupi.

6. Bawa bekal 

Nak turun berat badan lebih cepat, boleh start bawa bekal tahun baru ni. Selain dapat membantu turunkan berat badan, bawa bekal juga adalah satu pilihan gaya hidup yang sihat.

Makanan yang kita sediakan sendiri di rumah semestinya lebih bersih dan terjaga kualitinya kan? Secara tak langsung, tabiat ini mampu meningkatkan kualiti diet pemakanan kita dengan pengambilan makanan kurang lemak, kurang garam dan kurang gula.

Cuba set kan masa satu hari dalam seminggu tu, korang plan dan prepare makanan yang korang nak sebagai bekal. Prep kan siap-siap so that korang pun tak rushing setiap pagi nak fikir bawa bekal apa.

7. Buat food journal

Food journal ni fungsinya untuk track apa yang kita dah makan. Tabiat memiliki food journal dipercayai dapat membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat.

Semakin kita konsisten menggunakan food journal, semakin banyak berat badan kita boleh turunkan. Dengan food journal, korang boleh rekod apa makanan yang korang makan dan juga berapa kalori bagi setiap makanan tu.

Tak tahu macamana nak mula buat food journal? Takpe, zaman sekarang dah canggih. Dah tak perlu beli buku untuk buat food journal. Just buka phone korang dan pergi ke Google Apps Store atau Play Store, search mana-mana apps yang boleh digunakan sebagai food journal.

Semoga kita sama-sama dapat turunkan berat badan dengan lebih cepat pada tahun 2019 ni, good luck semua!

XO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *