Career

Train The Trainer Bersama NIOSH

Ada yang berminat untuk jadi trainer dalam bidang Occupational Safety and Health (OSH)? Atau memang dah lama bercita-cita nak jadi seorang trainer tapi tak tahu caranya?

Okay jangan risau, hari ni Kaknie nak berkongsi sedikit info tentang salah satu kursus yang korang wajib attend kalau nak jadi trainer. Nama kursus tu adalah Train The Trainer (TTT). Yang Kaknie nak cerita ni khas untuk bidang OSH sahaja tau.

TTT for OSH

Untuk pengetahuan korang, kursus TTT dalam bidang OSH ada ditawarkan di NIOSH. Kursus ni terbahagi kepada dua peringkat iaitu TTT1 (Basic Train The Trainer) dan TTT2 (Training Management for Business). TTT1 adalah kursus asas untuk menjadi seorang trainer yang kompeten. Nak lebih advanced, korang boleh join kursus TTT2 dengan syarat perlu hadir dan lulus TTT1 terlebih dahulu. 

Training dalam bidang OSH sangat diperlukan bagi memupuk kesedaran atau awareness terhadap budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Secara asasnya, objektif sesuatu OSH training adalah bertujuan untuk:

  • Membantu pekerja mempelajari bagaimana cara hendak melakukan sesuatu pekerjaan dengan selamat
  • Memberitahu pekerja apa yang mereka perlu lakukan dan tidak boleh lakukan ketika sedang bekerja dan ketika berada di tempat kerja
  • Memaklumkan pekerja tentang maklumat yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Siapa boleh join kursus TTT di NIOSH?

Sesiapa sahaja boleh menyertai kursus TTT ini, dengan syarat pandai guna komputer. Kursus ini memang banyak guna komputer especially bila nak buat slide presentation. 

My own experience

Kaknie pernah join kursus TTT1 di NIOSH Johor pada 12 hingga 16 November 2017. Batch Kaknie masa tu ada 26 orang. Semua datang daripada pelbagai background seperti construction, oil and gas dan logistik. 

Exam bagi kursus ini adalah presentation sahaja, di mana peserta dikehendaki untuk memilih satu tajuk dan bentangkan mengikut format yang diajar sepanjang kursus. Alhamdulillah, kami semua berjaya melepasi exam kursus TTT1 ini dan menerima keputusan serta sijil kelayakan lebih kurang 3 minggu selepas exam.

Sepanjang kursus TTT1 ini, korang bukan sahaja diajar cara menjadi seorang trainer yang baik. Korang juga akan diajar serba sedikit asas tentang keperluan analisa latihan atau training need analysis (TNA). Melalui TNA ni, korang akan dapat mengenal pasti keperluan latihan bagi setiap pekerja dalam organisasi korang. Banyak kos dalam aspek training and development akan dapat dijimatkan jika kita membuat TNA.

So, yang berminat nak jadi trainer dah boleh start planning dengan mengambil kursus TTT. Walaupun korang fresh graduate, korang boleh join TTT ni (based on current requirements ya).

More info

Maklumat lanjut mengenai kursus TTT di NIOSH boleh diperolehi melalui laman sesawang NIOSH atau korang boleh terus klik link di bawah :-

Info kursus TTT : Klik sini 

Jadual kursus TTT tahun 2019 mengikut negeri : Klik sini

* Klik ‘Competency’ > Pilih negeri > Pilih kursus ‘Train The Trainer’ jika ada (tidak semua cawangan NIOSH menyediakan kursus ini) > Pilih kelas pilihan anda berdasarkan tarikh yang dipaparkan > Klik ‘Apply’

XO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *