Bisnes

5 Tips Memulakan Bisnes Online

Siapa suka bisnes online? Kaknie yakin kebanyakan daripada kita sekarang pasti ada sekurang-kurangnya satu bisnes online. Zaman serba moden dan kos sara hidup yang semakin meningkat di Malaysia mendorong rakyat untuk mencari sumber pendapatan kedua selain dari pekerjaan hakiki.

Dengan kelebihan teknologi yang ada, bisnes online menjadi pilihan utama untuk menambah pendapatan. Mudah dan pantas kerana segalanya di hujung jari. Apatah lagi sekarang ni pelbagai medium online boleh kita gunakan untuk menjual dan mempromosikan produk.

Statistik penggunaan Internet di Malaysia

Menurut satu kajian hasil Laporan Digital 2018 yang dikeluarkan Hootsuit dan We Are Social (laporan oleh Astro Awani), jumlah pengguna Internet di Malaysia meningkat kepada 25.08 juta pengguna, iaitu mewakili 79% penduduk Malaysia. Daripada jumlah ini, 75% menggunakan perkhidmatan media sosial dan memperuntukkan purata 3 jam sehari di laman media sosial.

Kajian tersebut turut mendedahkan peningkatan jumlah penggunaan Internet di Malaysia, menjadikan negara ini sebagai negara ke-9 dunia paling aktif di laman media sosial. Malaysia juga berada di tangga ke-5 dunia dari segi penggunaan e-dagang terbanyak dengan 40% penduduk Malaysia pernah melakukan transaksi secara online.

Dengan laporan kajian ini, memang terbukti rakyat Malaysia sangat suka dengan media sosial. Jadi kepada korang yang masih berfikir nak buat bisnes apa, my opinion cuba mula dengan bisnes online. Rugi sekiranya kita asyik leka melayari laman media sosial tetapi tidak menggunakannya sebagai sumber mendapatkan pendapatan tambahan. Ramai orang dah buat bisnes di media sosial seperti Facebook, Instagram, bahkan juga di WhatsApp.

Bagaimana nak mulakan bisnes online?

Saya minat nak mula bisnes online, tapi saya tak tahu nak mula macamana. Tak tahu nak pilih bisnes apa”.

Okay don’t worry. Kat bawah ni Kaknie kongsikan 5 tips bagi memulakan bisnes online dengan mudah. Buat tindakan sekarang dan mulakan segera!

1. Tak perlu buat produk sendiri

Sebagai permulaan, tak perlu pening kepala nak buat produk sendiri. Walaupun kiri kanan tengok orang lain jadi founder, kena faham mereka pun bermula dari bawah. Bermula dengan menjual produk orang lain juga.

Nak buat produk sendiri, banyak perkara perlu difikirkan seperti product research and development (R&D), marketing dan branding. Bukan senang tau nak buat semua ni. Lagi-lagi kalau tak ada team.

Jadi, lebih mudah untuk bermula dengan menjual produk orang lain. Pilih produk yang sudah mempunyai pengikut tersendiri kerana pelanggan lebih cenderung untuk membeli sesuatu produk yang sudah ada jenama yang kukuh.

2. Jangan terlalu fikir untung

Nak buat bisnes ni tak boleh terburu-buru tau. Tak semestinya korang invest banyak, keuntungan akan dapat banyak juga dalam waktu yang singkat. Kan baru nak bermula..

Cara terbaik adalah mulakan bisnes dari kecil dan fokuskan berapa ramai orang yang boleh korang bantu dengan produk yang diniagakan. Semakin ramai yang dapat manfaat dari produk korang, insyaAllah semakin mudah korang nak buat sales.

Bila sales semakin meningkat, barulah korang fikir langkah seterusnya untuk mengembangkan bisnes.

3. Modal yang rendah

Nak mulakan bisnes ni perlu bijak dalam membuat apa-apa keputusan. Kaknie faham banyak bisnes online di luar sana yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan untung lebih besar jika korang invest modal yang besar.

Nak buat investment dengan modal yang besar tak salah. Tapi pastikan korang dah ada ilmu untuk buat sales dan ilmu pengurusan kewangan.

Ramai kat luar sana yang pada awalnya beli stok dalam kuantiti yang besar kerana mereka fikir nak dapat untung lebih besar. Walhal sebenarnya mereka tak tahu pun cara terbaik untuk menjual semua stok tersebut. Akhirnya banyak stok tak terjual dan terpaksa pula menanggung kerugian.

Untuk bisnes online, korang tak perlu mula dengan modal yang besar. Sebab korang belum sampai ke tahap menyewa kedai atau tapak niaga dan belum ada pekerja. Dengan pelbagai medium online seperti e-commerce, marketplace, website dan media sosial, korang boleh mula berniaga secara percuma. Apa yang korang perlu lakukan hanyalah konsisten dalam mempromosikan produk niaga.

4. Risiko yang rendah

Setiap bisnes ada risiko. Jadi, korang perlu buat pilihan yang bijak untuk meminimumkan risiko tersebut.

Antara langkah yang korang boleh ambil adalah buat research terlebih dahulu tentang potensi produk yang ingin dijual. Contohnya :

Berapa lama tempoh penggunaan maksimum produk?

Kepada siapa produk ini disasarkan?

Dah berapa ramai pelanggan yang berpuas hati dengan produk?

Ini boleh membantu korang untuk membuat perancangan awal terutamanya dalam usaha mempromosikan produk tersebut.

5. Belajar ilmu pemasaran online

Walaupun sekarang dah ada pelbagai pilihan untuk mempromosikan produk secara online, korang masih perlu belajar ilmu pemasaran online atau online marketing.

Dengan lambakan bisnes online, persaingan di kalangan peniaga online semakin hari semakin tinggi. Jadi, korang perlu tahu bagaimana untuk membuat produk korang dapat dilihat oleh orang lain.

Ada banyak kelas, seminar dan buku-buku tentang pemasaran online. Bahkan kat Internet ni pun banyak yang korang boleh explore. Apa yang penting adalah korang rajin mencari ilmu dan praktikkan ilmu tersebut. Pastikan ada tindakan, baru boleh nampak hasilnya.

Dapat sesuatu? Silakan share untuk manfaat bersama.

Sumber rujukan : Azizan Osman

XO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *