Study

Bila Orang Tanya Tips Nak Skor CGPA 4.00

Semalam masa tengah scroll Instagram, tersinggah la kat satu akaun Instagram ni milik instafamous @uzairitaib, yang juga seorang tutor matematik. Bila tengok post-post dia, rasa semangat pula nak belajar balik haha. Zaman study la zaman paling dirindui. Betul tak?

Dulu Kaknie study kat UiTM Perlis. Ambil kos diploma Kimia Perindustrian dan degree Kimia Gunaan. Lepas tu selang beberapa tahun, Kaknie sambung lagi master dalam Safety, Health and Environment kat UTM Skudai. Lepas ni insyaallah nak further lagi PhD. Cuma tak tahu lagi bila dan kat mana. Doakan yang terbaik 🙂

Pencapaian akademik Kaknie dari sekolah rendah ke IPT ni boleh kata average to excellent. Ada masa di atas, ada masa di bawah. Tapi paling cemerlang gemilang terbilang masa diploma la. Tak terfikir boleh dapat 4 flat dua kali haha. Every sem dekan. Alhamdulillah rezeki. Merasa jap dapat best student award :-p

Bila adik-adik junior tanya, macamana kak Ernie boleh skor CGPA 4.00 waktu diploma tu? Kadang-kadang Kaknie pun tak tau nak cakap macamana sebab jujurnya tak ada pun tips yang special. Nak kata study hard, hmm rasanya banyak tidur ada la haha.

Sekarang ni lagi ramai student IPT dapat 4.00 kan? Pernah kawan Kaknie share ada seorang student perempuan ni (tak ingat dah dari mana), every semester dapat 4.00. Perghh. Wanita memang hebat 😀

So, entri kali ni Kaknie nak share dengan korang yang sedang melalui fasa study kat IPT tu macamana nak skor CGPA 4.00 based on my own experience. Kalau rasa sesuai, boleh follow okay.

1. Doa

Doa ni semua orang pun tahu kan, semua orang pun pasti berdoa untuk berjaya. Selalu orang share tips berjaya mula dengan usaha – doa – tawakkal kan.. Tapi bagi Kaknie , setiap apa yang kita lakukan should be start dengan doa dulu. So flow dia mula dari doa – usaha – tawakkal.

Actually konsep ni lebih kurang macam RAS. Orang bisnes mesti ramai tahu tentang RAS ni kan? Kaknie first time belajar RAS dengan Ibu Hanim bulan lepas kat kelas Sisfel.

Masa attend kelas Sisfel bersama speaker jemputan, Ibu Hanim, Serius best!

Apa itu RAS? RAS ialah shortform kepada Reticular Activated System. RAS ni satu komponen dalam otak kita di mana bila kita aktifkan RAS ini ia boleh membawa kita pada kejayaan tapi dalam masa sama juga ia boleh membawa kepada kegagalan.

Tak faham? Takpe, fikir macam ni je :

Cakap yang baik-baik, fikir yang baik-baik, doa yang baik-baik. Insyaallah yang datang juga benda yang baik-baik je.

Sebenarnya Kaknie pun tak tahu apa yang Kaknie amalkan masa study dulu ada juga related dengan RAS. Apa yang Kaknie buat, setiap awal semester hingga akhir semester Kaknie akan doa minta Allah izinkan Kaknie untuk dapat CGPA 4.00.

Hari-hari doa nak 4 flat. Bangun pagi, doa nak 4 flat. Sebelum tidur, doa nak 4 flat. Pendek kata, dalam kepala ni memang dah set nak 4 flat. So, result tu nanti takkan lari jauh dari 4 flat bila mindset kita dah fixed untuk capai apa yang kita nak. Insyaallah.

2. Fokus waktu belajar

Masa pensyarah tengah mengajar, sila fokus 200% ya. Tak perlu salin semua yang pensyarah cakap. Jot down point penting je. Bila korang banyak menulis berbanding mendengar, tu yang jadi kurang fokus dan tak ingat apa pensyarah cakap.

Bila dalam kelas, fokus tu penting. Beri tumpuan sepenuhnya pada sesi pembelajaran. Kurangkan menulis, kurangkan bersembang, apatah lagi membawang. Haha.

Dengar je apa pensyarah ajar. Waktu malam, buat revision semula. Salah satu sifat manusia adalah pelupa. Jadi, revision penting supaya kita sentiasa ingat apa yang kita belajar.

3. Skor carrymark/assessment

Yang ni penting jugak, korang kena tahu macamana calculation carrymark untuk subjek tu. Memang berbeza tau setiap subjek. Ada yang carrymark 40%, final exam 60% dan sebaliknya.

Better tanya awal-awal kat lecturer tentang percentage ni. Bila tahu awal, so korang dah boleh set target awal. Let’s say carrymark 60%, korang kena target at least dapat skor 50% ke atas supaya peluang nak dapat A tu cerah.

Maka, sila pulun habis-habisan untuk skor quiz, test or any assessment yang diperlukan. Kalau boleh dapatkan full mark, dapatkan full mark. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Fikirkan boleh, okay?

4. Hormat pensyarah

Point yang ni student selalu terlepas pandang atau tak ambil berat. Bila dorang rasa pensyarah tu mengajar tak best, mula la membawang sana sini. Hmm tak baik tau. Kesian pensyarah tu.

Kita sebagai anak murid perlu ada adab ketika belajar. Kena hormat pensyarah yang mengajar walaupun tak best, boring, tak sporting, garang, cerewet. Bila kita hormat pensyarah, insyaallah ilmu tu lebih berkat.

Gambar kat atas ni result Kaknie masa diploma. Niat Kaknie share ni nak bagi motivasi untuk berjaya sebab Kaknie yakin semua orang boleh berjaya jika usaha bersungguh-sungguh.

Dapat sesuatu? Silakan share untuk manfaat bersama.

XO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *