Health

9 Punca Anda Kerap Sembelit Dan Cara Mengatasinya

Semua orang pasti pernah menghadapi masalah sembelit. Menghadapi masalah sembelit bermaksud korang susah nak membuang air besar. Masalah ini walaupun tidak kelihatan serius, tetapi tetap tak boleh dipandang ringan tau.

Kenapa perlu peka tentang masalah sembelit?

Jika korang menghadapi masalah sembelit yang berterusan dalam tempoh masa yang panjang, kemungkinan besar ianya boleh menyebabkan buasir. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku di mana darah kelihatan di permukaan najis.

9 punca kerap berlakunya sembelit

Antara punca terjadinya masalah sembelit adalah :

  • Kurang minum air
  • Kurang serat (fibre) dalam diet
  • Kurang pergerakan dan aktiviti fizikal
  • Pengambilan ubat
  • Pengambilan produk tenusu
  • Pengambilan kafein berlebihan
  • Selalu menahan untuk buang air besar
  • Stress
  • Perubahan dalam rutin kehidupan seperti faktor usia (ageing), mengandung dan mengembara.

Cara mengatasi masalah sembelit

Dalam kebanyakan kes berkaitan masalah sembelit, ikuti cara mudah berikut :

1. Minum air secukupnya

Banyakkan minum air kosong. Selain kiraan 25kg untuk setiap liter air, korang boleh perhatikan isyarat tubuh dan mula minum apabila rasa dahaga. Perhatikan juga warna air kencing yang menjadi kuning pekat, itu tandanya korang kena banyakkan minum air. Amalan meminum 2 gelas air suam setiap pagi selepas bangun tidur juga boleh membantu mengatasi masalah sembelit.

2. Ambil makanan berserat tinggi seperti bijirin, buah dan sayur

Serat ada banyak khasiat untuk tubuh badan seperti melancarkan pergerakan najis di dalam usus besar. Digalakkan untuk makan lebih banyak serat sekurang-kurangnya lima hidangan setiap hari.

3. Tingkatkan aktiviti fizikal

Bersenam atau melakukan apa saja aktiviti fizikal seperti berkebun dan berbasikal adalah sangat baik untuk kecergasan dan kecerdasan. Ia juga dapat membantu mengurangkan stress selain meningkatkan kadar metabolisme badan.

4. Jangan menahan untuk buang air besar

Ubah tabiat kerap menahan untuk buang air besar. Ketahui bahawa membuang air besar akan dapat menyingkirkan toksin dan bahan kumuh dari badan.

5. Dapatkan nasihat doktor jika mengambil ubat

Ada sesetengah ubat untuk kesakitan, kemurungan, dan tekanan darah tinggi dikaitkan dengan masalah sembelit. Jika korang ada mengambil ubat dan mengalami sembelit, beritahu doktor segera tentang apa yang berlaku dan mungkin doktor akan mengesyorkan sesuatu yang lain.

Sumber rujukan : MyHEALTH

18 thoughts on “9 Punca Anda Kerap Sembelit Dan Cara Mengatasinya”

  1. so far tak ada masalah sembelit cuma ada sekali ms lepas bersallin tu masyallah..sakit sembelit tu mcm nak beranak satu lagi..terus pergi minum air ribena..tu pun 2 3 hari baru ok huhu thanks for the tips

  2. itulah takutnyer kalau kene sembelit ni kan, bukan sakit sekejap boleh baik. kene amik masa yang lama tuh, so memang kene minum air yang secukupnyer, untuk kita-kita ni 3 litre sehari dah cukup baik dah

  3. So far tak ada kena sembelit. Memang perut jenis lawas. 2x sehari mesti membuang. Btw, bolehlah sis amal minum air dan makan fiber bnyk sket demi kesihatan. Nak minum byk air masak tu susah sekarang. dulu rajin amal. Huhu

  4. Sembelit ni memang tak best. Bad mood terus. Tak puas melabur boleh buat sakit-sakit badan. Kalau paksa, lama plak dalam jamban. Hahaha. Maka, jagalah pemakanan dan banyakkan minum air kosong.

  5. Saya dulu pernah kena sembelit teruk masa orientasi. Salah satu tips dia minum air panas2. InsyaAllah keluar lepas semua lepas tu. Sejak tu saya make sure minum air dan makan buah secukupnya. Serik woo.hehe

  6. sekarang baru tahu kenapa selalu sembelit lepas minum susu. rupanya salah satu faktor untuk sembelit. Air pun kurang ambil sebab malas pergi kedai. Haha

  7. Masa sekolah dulu kerap sembelit tau. Seksanya tuhan saja tahu. Sebab dulu tak suka minum air suam. Tapi sekarang ni air suam tuhlah sahabat baik. Alhamdulillah sembelit pun jarang dah kena. Melainkan masa puasa hampir hampir kena yelah sebab puasa kan.

  8. terima kongsi ilmu tentang kesihatan ni. sangat2 berguna dan dapat elakkan masalah sembelit dari menganggu kelancaran hari kita. banyakkan minum air masak dan jadikan habit seawal bangun tidur

  9. selalu jugak dengan masalah sembelit ni sebab kurang minum air lepastu stress dengan kerja. Tak sangka banyak lagi rupanya punca sembelit. Bahaya jugak kalau sampai ke tahap buasir tu.

  10. no 1 tu betul pasal air kencing kalau dah kuning sangat dan berbau tu tanda kita kurang air dan juga tanda badan kita terlebih gula …so kalau dah nampak macam tu sila minum air masak banyak2

  11. Sembelit ni kemain seksa lagi. Fuh! Cx kena time pregnant biasanya. Tp skrg ni da serik. Mmg akan minum banyak air, makan sayur dan buah². Takut. Serik nau rasa. Taubat! Huhu. Betul sgt semua tips yg dikongsikan.

  12. memang seksa bila dah sembelit ni..kalau nak meneran tu allahuakbar, boleh berjam dalam toilet..hahaa..bila keluar legaa..hahahaa..sekrg memng kiat minum air.taknak sembelit

  13. Nad dari kecil sampai besar ada masalah ni. Penyelesaiannya, kalau rasanak buang air memang kena cepat-cepat terus pergi buang. Kalau tangguh habis susah nak keluar dah lepastu. Cuma kadang risau jugak la bila dah lama tak membuang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *