JJCM

Mentarang Bakar Famous Di Kuala Selangor

Lama tak buat post JJCM kan. So, kali ni Kaknie nak share satu tempat makan best yang sememangnya dah sedia famous di Selangor.

Siapa yang pernah ke Sekinchan di Kuala Selangor pasti korang perasan akan kewujudan “mentarang”. Kaknie perasan ada banyak gerai tepi jalan yang jual mentarang. Bila mula-mula sebut mentarang, Kaknie tak sure bagaimanakah ghopenye. Bukan selalu makan seafood. Cuma kawan bagitau mentarang ni spesis macam siput jugak. Ada cangkerang. Kaknie pun just imagine dia macam lala atau siput sedut (too lazy to google that time hee).

By the way, ini pertama kali Kaknie ke Kuala Selangor minggu lepas. Tak pernah terfikir akan tersinggah sini sebabnya tak tau apa yang best. Rupanya banyak seafood dan antara yang paling special adalah mentarang.

Kaknie pun follow kawan je, maka terjejak lah kaki Kaknie ke sebuah restoran yang terkenal dengan mentarang – FARIDAH MENTARANG BAKAR.

Inilah tempatnya.

First sampai sana, ramainyaaaa orang! Parking pun agak penuh, nasib baik dapat jugak menyelit park tepi jalan. Mungkin sebab weekend kan, so ramai bawak family makan sini.

Selain mentarang bakar, ada banyak juga menu seafood lain yang disediakan. Ada belut, ada lala, ada pahat pahat. Makanan lain macam mee dan nasi bergoreng pun ada. Kami semestinya order mentarang bakar. Sebab takut tak kenyang, kami order juga lala masak sambal dan siakap bakar. Dah datang dari jauh takkan nak makan menu beshe beshe kan 😀

Mentarang bakar.
Siakap bakar.

Alhamdulillah, menu semuanya tak mengecewakan. Sambal sedap, kena dengan tekak dan selera Kaknie. Next time ada rezeki boleh pergi lagi. Tapi taubat la nak pergi time weekend. Lama nak tunggu order siap. Full house. Kena prepare cekedis sikit sementara tunggu order sampai haha.

Korang yang nak try mentarang bakar, boleh la berkunjung ke kedai makan Faridah Mentarang Bakar ni. Waze je, pasti jumpa. Kedainya pun betul-betul kat tepi jalan je, tak susah nak cari.

Till next post!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *