Social Media

5 Aplikasi Edit Gambar Di Smartphone Yang Terbaik Untuk Instagram

Hey guys! Lately ni kan Kaknie banyak spend time kat Instagram. Tak lama lagi rasanya Facebook Kaknie bakal krik krik haha. Nanti korang cari Kaknie kat Instagram okay (@eqniq).

Dalam entri kali ni Kaknie nak share beberapa aplikasi terbaik untuk korang edit gambar jadi lebih WOW. Aplikasi ni semua percuma, boleh download di smartphone samada iPhone atau Android.

1. Canva

Ni aplikasi top favourite Kaknie. Best sangat! Dalam Canva ni dorang dah sediakan banyak gila template cantik-cantik. Tinggal awak pilih dan edit je. Nak buat logo, cover photo, story, business card, e-book, flyers, infographic – you name it guys, semua ada! Aplikasi yang sangat convenient dan yang bestnya jugak korang boleh akses Canva thru website (boleh edit kat laptop). Kaknie pernah guna Canva untuk buat e-book, flyers dan business card. Fuhh terus orang ingat Kaknie ni pro gila mengedit haha. Padahal Canva je :p

2. Lightroom

Mula-mula Kaknie tak tahu sangat macamana nak guna Lightroom ni untuk edit gambar jadi cantik. Preset dia yang sedia ada tu Kaknie tak berkenan pulak. So baru-baru ni Kaknie belajar tentang preset Lightroom oleh sebab Kaknie tengok ramai instafamous guna Lightroom ni. Kaknie edit few gambar kat situ. Hasilnya? Cantik sangat! Rupanya tak ada la susah mana pun lol. Nanti Kaknie bagi tutorial macam mana nak create preset kat Lightroom.

3. Snapseed

Best guna Snapseed ni kalau korang nak edit gambar dengan cepat. Filter dia pun cantik, just touch up sikit sikit je. Lagi satu, text layout dia best! Sesuai guna untuk letak harga atau CTA kat gambar. Kaknie suka guna untuk letak watermark. Sebenarnya Snapseed ni banyak features best, kena rajin explore.

4. VSCO

Dulu inilah aplikasi edit gambar paling famous kat Instagram. Hashtag dia #vsco dah lebih 190 juta tau uollss. Memang ramai guna hashtag tu termasuklah Kaknie. Gambar yang tak edit guna VSCO pun nak letak jugak hashtag tu haha. Apa yang bestnya VSCO ni, dia ada banyak pilihan filter. Kalau korang subscribe, lagi banyak filter boleh akses. Mungkin korang tak perlu edit dah. Just tempek gambar dan pilih filter, terus upload kat Instagram. Jangan lupa hashtag #vsco okay.

5. PicsArt

Yang ni Kaknie selalu guna untuk edit template testimoni customer hehe. PicsArt ni jugak best untuk edit text kat gambar. Ada macam-macam jenis font. Pastu boleh tambah sticker, boleh buat photo collage. Banyak jugak la features PicsArt. Like Canva, PicsArt pun banyak template korang boleh pilih. Nak akses semua features dan template kena subscribe. Tapi yang free pun dah cukup banyak. Siapa yang otak kreatif mesti suka guna PicsArt.

Semoga bermanfaat. Till next post!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *