Hey guys! Lately ni kan Kaknie banyak spend time kat Instagram. Tak lama lagi rasanya Facebook Kaknie bakal krik krik haha. Nanti korang cari Kaknie kat Instagram okay (@ernietomo).
Dalam entri kali ni Kaknie nak share beberapa aplikasi terbaik untuk korang edit gambar jadi lebih WOW. Aplikasi ni semua percuma, boleh download di smartphone samada iPhone atau Android.

1. Canva

Ni aplikasi top favourite Kaknie. Best sangat! Dalam Canva ni dorang dah sediakan banyak gila template cantik-cantik. Tinggal awak pilih dan edit je. Nak buat logo, cover photo, story, business card, e-book, flyers, infographic – you name it guys, semua ada! Aplikasi yang sangat convenient dan yang bestnya jugak korang boleh akses Canva thru website (boleh edit kat laptop). Kaknie pernah guna Canva untuk buat e-book, flyers dan business card. Fuhh terus orang ingat Kaknie ni pro gila mengedit haha. Padahal Canva je :p
2. Lightroom

Mula-mula Kaknie tak tahu sangat macamana nak guna Lightroom ni untuk edit gambar jadi cantik. Preset dia yang sedia ada tu Kaknie tak berkenan pulak. So baru-baru ni Kaknie belajar tentang preset Lightroom oleh sebab Kaknie tengok ramai instafamous guna Lightroom ni. Kaknie edit few gambar kat situ. Hasilnya? Cantik sangat! Rupanya tak ada la susah mana pun lol. Nanti Kaknie bagi tutorial macam mana nak create preset kat Lightroom.
3. Snapseed

Best guna Snapseed ni kalau korang nak edit gambar dengan cepat. Filter dia pun cantik, just touch up sikit sikit je. Lagi satu, text layout dia best! Sesuai guna untuk letak harga atau CTA kat gambar. Kaknie suka guna untuk letak watermark. Sebenarnya Snapseed ni banyak features best, kena rajin explore.
4. VSCO

Dulu inilah aplikasi edit gambar paling famous kat Instagram. Hashtag dia #vsco dah lebih 190 juta tau uollss. Memang ramai guna hashtag tu termasuklah Kaknie. Gambar yang tak edit guna VSCO pun nak letak jugak hashtag tu haha. Apa yang bestnya VSCO ni, dia ada banyak pilihan filter. Kalau korang subscribe, lagi banyak filter boleh akses. Mungkin korang tak perlu edit dah. Just tempek gambar dan pilih filter, terus upload kat Instagram. Jangan lupa hashtag #vsco okay.
5. PicsArt

Yang ni Kaknie selalu guna untuk edit template testimoni customer hehe. PicsArt ni jugak best untuk edit text kat gambar. Ada macam-macam jenis font. Pastu boleh tambah sticker, boleh buat photo collage. Banyak jugak la features PicsArt. Like Canva, PicsArt pun banyak template korang boleh pilih. Nak akses semua features dan template kena subscribe. Tapi yang free pun dah cukup banyak. Siapa yang otak kreatif mesti suka guna PicsArt.
Semoga bermanfaat. Till next post!
Siapa yang suka ambil gambar, memang patut tahu apps macam ni supaya lebih puas hati dengan hasil kerja seni gambar tu.
Disebabkan lambakan apps edit gambar ni la saya selalu tak percaya kalau perempuan tu bermuka flawless dlm gmbr. ahahahahah
Hakikatnya manusia suka melihat yg cantik flawless. Sebab tu macam-macam apps edit gambar sekarang ni hehe
Bagusnya entry blog ni. Ada juga apps yang pernah guna dan ada apps baru pertama kali dengar. Nanti nak tengok satu satu.
Moga bermanfaat π
Eh. Macam sama. Rawlins pun ada semua aplikasi di atas dan paling kerap digunakan adalah Lightroom dan Snapseed – memudahkan kerja jika nak segera. Hasil pun boleh tahan lawa kan.
Betul, both are my favourites too!
eh samalah BBL pun pakai 5 apps ni kalu nak edit gambar untuk ig post atau ig stories. templete dah siap ada & cantik lagi. tunggu masuk gambar yang kita nak je kan
Senang kerja kita kan, paling penting dapat jimat masa dengan template cantik sedia ada
Satu perkongsian yang baik untuk mereka yang buta IT…
Moga bermanfaat π
Wahh, memang ni la antara apps yang best . Semua apps diatas saya pakai. Paling suka vsco, Saya siap beli preset. Sebab bila edit gamba ni satu kepuasan. Snapseed pun best. Biasa saya pakai snapseed dan vsco.
Berbayar pun tak apa kan janji kita puas hati π
Wah!!! Menarik nih… boleh la saya gunakan unuk majukan lagi online business saya… nampak mudah je nak edit… sepantas kilat, akan ku download apps-apps ni… terima kasih CikNie…
Memang bagus downlod apps macam ni untuk online business. Gambar cantik sangat penting sebagai impression π
Yea betul saya pon ada guna 3 dari senarai di atas, lepas ni nak try install lightroom dan vsco pulak macam menarik je
Yes sangat menarik π
Terima kasih atas perkongsian ini. Sy mmg huna picsart dan lightroom. And dua apps ni mmg sangat
Membantu
Best kan ada apps macam ni, senang kerja kita π
Thanks sharing. Canva tak pernah tau. Terus install now.. weehuuu
Canva sangat best π
Antara apps yg ernie sebut tu, nur guna canva & snapseed. Best. Senang je nak edit. Yg lain2 blm pernah cuba. Boleh laaa nanti nur usha. Tq ernie share…
Banyak lagi apps lain tapi rasanya yang 5 ni paling popular dan mudah digunakan
Ada jugak dr yg disebut tu sis dah pakai..mcm snapseed, picsart..tapi tu lah..nak download byk2 memory tak byk pulak..hahaha so kita pakai 1 2 je le
Hehe okay la tu ada jugak dari tak ada π
setakat ni mek tak guna mana-mana apps. tapi lawa lah guna apps. boleh edit tulis-tulis. inysAllah in future boleh try guna jugak.
Hasilnya memang lawa bila guna apps. Tak pro pun nampak macam pro
memang banyak sekrg apps edit gambr..yang penting kena pandai ambil gambr, pandai edit adjust lighting semua..hehe..yanga dah sedia ada pun ada, tapi kene pandai pilih..
Betul, kena belajar jugak part editing tu π
Yg saya pernah guna, Snapseed, Canva dgn Vsco je. Yg lain tu belum lgi. Saya nk updatte gmbr dkt Instagram mcm jaranng jugaklah sbb selalunya gmbr tak berapa nk lawa. Haha apa2pun boleh follow saya dkt Ig, nnti saya followbackk. @aerill_hassan
Wow menarik ni. Saya biasa guna Canva je dalam list ni. Cuma masalahnya Canva tu kena pakai internet. Kalau connection slow, maka editing gambar pun slowlah kekdahnya. Tapi design memang cantik.
Betul, itu cons Canva. Hope one day dorang boleh come out dengan offline version
Untuk edit gambar makanan kita selalu guna Foodie memang bagus mudah dan juga hasil yang berkualiti hehehe tapi yang ada ni pun semua ok juga tapi phone kita dah penuh nak install wakakakaka
Kena upgrade memory phone haha
Good sharing… Kita pun suka edit gambar. Satu kepuasan bila nampak cantik. Tapi tak lawa mana pun IG kita. HAhahaa
Perasan jerr cantik. Hehee… Feel free follow kita @nina.mirza
TQ
Betul, memang puas hati bila gambar cantik. Okay will follow π
Terima kasih atas pengongsian info. Mouse mommy pun suka edit gambor utk highlight dan lighting. Nnt nak try Canva dan PicsArt jugak. Thank you! Welcome follow @wuikathy , boleh kongsi pengetahuan jugak.
You’re most welcome, okay sure π
Tq for sharing.
Semua ni sgt membantu kan.
Moreover if we are selling something.
Yes betul, salah satu skill yang seller perlu tahu π
Haaa boleh laa cuba pakai apps yg lain2 plak utk edit gambar…thanks for sharing
Semoga bermanfaat