Hi guys! Seperti yang kita tahu, Instagram bukan lagi satu platform asing buat pengguna media sosial. Malah sekarang ni Instagram semakin popular dan menjadi pilihan utama especially di kalangan generasi muda.
Bila sebut tentang Instagram, kita tahu kat sini adalah tempat untuk upload gambar-gambar dan video. Ada yang suka upload gambar selfie, gambar makanan, gambar percutian, gambar kucing dan macam-macam lagi lah.
So, Instagram ni boleh dikatakan macam galeri. Sebab tu ada pengguna yang suka upload gambar kemudian susun ikut kreativiti supaya feed Instagram mereka nampak lebih menarik dan unik. Akaun mereka ni la yang selalu menyebabkan kita rasa serba salah kalau tak tekan button follow!
Kaknie pun jenis yang suka jaga feed Instagram. Macam-macam dah tema feed Kaknie buat, yang terbaru ni Kaknie buat tema line in the middle. Mungkin lepas ni nak cuba tukar tema lain pulak hee, Kaknie kan suka bereksperimen.
Tema feed Instagram ni ada banyak dan pelbagai jenis. Jadi, dalam entri kali ni Kaknie akan highlight 14 jenis tema yang mungkin boleh memberi inspirasi kepada korang untuk mula plan how to design your Instagram feed. Let’s start!
Tip : Dalam pemilihan tema feed Instagram ni, tak ada rules yang spesifik tau. Boleh adjust ikut kreativiti masing-masing. Yang penting, have fun with your feed and just be yourself.
1. Tema Gambar Mengikut Lajur (Line In The Middle)

Haa inilah tema feed Instagram Kaknie sekarang. Kat tengah tu Kaknie letak quote, lepas tu left and right sides letak gambar. Tema macam ni simple dan mudah digunakan.
2. Tema Gambar Mengikut Baris (Row)

Tema ikut baris ni best jugak, macam baca katalog atau majalah. Nak lebih kreatif, boleh buat jalan cerita untuk setiap baris.
3. Tema Gambar Mengikut Tiles

Tema tiles ni agak popular, biasanya digunakan untuk upload gambar dan quotes secara berselang-seli. Tapi boleh je korang nak selang-seli kan gambar dengan gambar. Contohnya gambar background putih dengan gambar background berwarna.
4. Tema Gambar Puzzle

Tema puzzle ni bagi Kaknie sangat unik, sebab semua gambar-gambar tu macam linked together dan membentuk satu gambar yang besar. Tema ni agak susah untuk siapa yang baru nak start buat Instagram.
First, korang kena design dulu gambar yang besar and then split gambar tu. Part yang paling tricky adalah nak maintain kualiti setiap gambar dan pastikan setiap gambar tersebut makes sense on its own.
5. Tema Gambar Pepenjuru

Nak buat susunan gambar secara pepenjuru ni better ada apps planner untuk memudahkan korang upload gambar. Bukan apa, risau tak menjadi sebab susunan dia tu nampak macam random tapi sebenarnya ada tema. Bila menjadi, memang cantik.
6. Tema Gambar Mengikut Border


Upload gambar dalam susunan border pun menarik. Nampak sangat kemas gituh. Tak semestinya kena pakai border putih atau hitam je, korang boleh juga masukkan gambar dalam bentuk frame seperti polaroid.
7. Tema Gambar Flatlay

Tema flatlay ni always gorgeous! Siapa yang kreatif tu boleh try flatlay. Kaknie dari dulu teringin nak buat tema flatlay tapi masalahnya props tak banyak haha. Takpe la, tengok flatlay orang lain pun dah cukup membahagiakan.
8. Tema Gambar Rainbow

Comel je tema rainbow ni. Tema ni agak rare, mungkin sebab mencabar nak main banyak warna kan.. Tapi kalau korang mampu buat, mesti akaun Instagram korang akan jadi sangat sangat menarik!
9. Tema Gambar Pastel

Tema warna pastel pun cantik, sejuk je mata memandang. Sesuai untuk akaun bisnes jugak ni, especially kalau produk korang jual tu mempunyai warna dalam range warna-warna yang lembut.
10. Tema Gambar Color Block

Tema color block dah makin popular kan sekarang.. Selain menjadi trend dalam industri fesyen, ia juga menjadi trend dalam Instagram. Korang yang selalu ambil gambar colorful, boleh try guna tema ni. Warna subjek tak semestinya yang terang atau vibrant je, warna-warna yang light pun boleh. Yang penting background color mesti warna yang strong.
11. Tema Gambar Putih/Cerah (White/Bright)

Tema putih/cerah ni tak semestinya korang kena ada subjek atau background warna putih/cerah. Kalau ada lagi bagus. Tapi boleh je edit guna filter yang sesuai.
12. Tema Gambar Gelap (Dark)

Tema dark pun menarik. Setiap gambar nampak misteri je, menaikkan lagi rasa ingin tahu (curiosity). Sedar tak sedar dah tertekan button follow. Eh 😀
13. Tema Gambar Mengikut Filter Yang Sama


Kaknie rasa tema ni yang paling popular kat Instagram. Nak apply pun senang je, korang hanya perlu stick pada satu jenis filter secara konsisten. Antara apps yang korang boleh guna untuk dapatkan filter cantik ialah VSCO dan Lightroom.
14. Tema Gambar Monotheme


Tema monotheme ni ialah tema yang sentiasa menunjukkan satu subjek dalam gambar. Tema ni sesuai kalau korang ada benda yang korang suka sangat nak share. Contoh macam kereta, coffee, kasut, atau haiwan peliharaan.
Suka yang mana?
Itulah dia 14 tema feed Instagram yang Kaknie boleh kongsikan kali ini. So antara banyak-banyak tema ni, yang mana satu korang paling suka? Drop your comment okay.
Till next post, semoga bermanfaat!
Wah! Banyaknya idea tuk tema ig. Terima kasih kaknie. Nnti boleh apply kt ig sendiri 😊
Sama-sama, jom apply
kalau saya yang biasa2 je. no 1 – 4 tu menarik juga sesuai utk bisnes saya
alamak! ini boleh jadi sumber yang melekakan sebab nti mesti akan belek ig dok try setting 1-1.hahahaha.
tapi memang pun kalau tak diberitahu ada apps cmni, memang tak rajin nak explore nak cari setting ig. tq tau share.
Kadang2 best jugak dapat puaskan hati buat feed cantik hehe
Bila tengok IG yang ada theme ni memang teringin nak buat tapi SA ni tak rajin, dah la kerja kan..kalau asyik mengadap ig je jadi leka..hehehe..tapi bagus la ada theme so IG kita kemas dan sedap mata memandang…sesuai untuk ig business jugak…
Betul, kena spare masa jugak untuk buat theme ni
Cantik2 idea untuk tema instagram feed nie..nd paling suka flatlay..tp tuela..nk kna bnyk props baru nmpk cantik..polaroid pn ok juga..simple dan kemas..
Itu la kaknie minat flatlay tapi tak mampu lagi nak start buat
OMG! Kalau tengok atau terjumpa IG sesiapa yang sangat kreatif dalam editting photos pun Ty dah teruja. Dan yang pandai groom their IG too. Just like those above. Sangat lawa , tak mampu nak statik degnan tema. carca marba sangat lah IG ty Uwarggg… semua lawa nya..
Sedar tak sedar dah scroll sampai sejam 😀
saya minat yang dari 1-4 tu je, mungkin faktor umur (umur saya dah 40) so saya lebih minat something yang kemas dan tersusun. tapi mmg tak sangka la ada banyak theme rupanya
Sekarang orang makin kreatif, ada banyak lagi sebenarnya 🙂
Nampak cantik dan kemas je semua tema tu kan. Teringin juga nak susun feed macam ni tapi tak terdaya haha. Main upload je hihi
Mana tahu one day nak buat, boleh refer post ni 😀
Cantiknye IG diorang. Nanti bolehla ubah IG marina yg takde tema tu. Main bedal je letak gambar. Hihi
Boleh start dah tu
Haha. Tk pernah pulak ikot tema2 ni. Cantik jgk kalau susun mcm ni kan. Ada apps yg boleh susun ke? Atau kena start dari awal balik susunan tu ? Tgk haritu mcm ada apps yang susun post kita
Ada, macam saya guna app Preview. Kita boleh upload gambar dalam tu then drag ikut susunan kita nak. Sangat memudahkan
Tema ig ni klu nk tengok biasa orang putih punya cantik2. Nur ada 2 acc ig. 1 personal dan lg 1 utk bisnes Tasneem Naturel. Yg personal nur guna mcm sis juga line in the middle, acc biz nur guna tema tile atau bahasa melayunya dam haji hehehehe
Good Nur. Haah orang putih lebih obses nak cantikkan IG hehe
kalau mek nak ke arah yang lajur di tengah tu. itu nampak lebih praktikal dan okei la kot dengan mek yang tak berapa nak rajin sangat. inysAllah, manage betul betul nanti.
Insyaallah yg tu memang mudah sikit nak buat
Heheheh saya dah pernah buat theme ni, tapi susah nak consistent jugakk sbb kalau nak post tuu mcm kena yang sesuai jugakk, dengan busy nya selalu tak sempat nak update, tapi saya sentiasa kagum dgn org yg mampu design cantikk, hebatt
Boleh cuba install apps yang bantu plan kita punya feed macam Preview
Menariknya!!! Ada gak terfikir nak buat gitu… tapi tak buat-buat lagi… hehehehe… setakat ni memang apa je gambar yang ada… layannnn… nanti bolehlah saya cuba aplikasikan idea ni… thanks ya…
Try la nanti 🙂
Cantik-cantiknya ernie feed instagram dekat atas ni. Berkenan pulak ana. Betul kata erni rasa sayang kalau tak follow kan. Paling ana berkenan feed yang puzzles dan tiles tu. Cantik mata memandang. Tapi nak maintain cantik kena rajin lah kan.
Nak start tu senang tapi nak maintain tu yg mencabar sebenarnya 😀
Semua tema nampak cantik. Dulu pernah jugak buat yangbtema lajur tu tapintuhlah kerajinan tak ada. Hehehe.. Bila tengok tema tema yang ada suka pulak tema yang flatlay dengan puzzle tu. Memang cantik. Tapi tuhlah nak buat kena ada kerajinan yang tinggi
Betul, kena spare masa dan juga perah ideas untuk dapat hasil yang cantik
Menarik tema2nya. Saya punya tema di instagram adalah CACA MERBA. Haha upload sahaja bila yg saya nak, sbbb saya tak fikir pasal tema2 ni. Mungkin kena buat tema barulahh lepas ni.
Cubalah 🙂
Suka tema yg puzzle tu…tp sampai ke sudah x reti nak bwt…hahahahhaa…yg keratif tu mcm2 boleh design
Tema puzzle cantik tapi tu la tricky sikit nak maintain resolution gambar tu
Semua lia suka tema ni. Memang lia pun sekarang nak susun gambar bagi nampak menarik kat instagram. ikut tips dari instagrammer yang lain.
Yes, jom jom 🙂
Menarik sangat. saya dh beberapa kali tukar instagram feed theme. letih nak betul-betul jaga sebab keperluan kerja kan.
Nak jaga feed pun perlukan komitmen kan
Puzzle and flatlay are my favorites but it’s really hard to commit to these unless really have the time to plan our IG feed properly.
Yes very true 🙂