Social Media

7 Aplikasi Ini Membuat Instagram Stories Lebih Menarik

Hi guys! Dalam entry sebelum ni Kaknie dah share asas-asas nak buat Instagram Stories like a pro dengan hanya menggunakan features yang sedia ada dalam Instagram.

Ada yang komen katanya nak buat stories lagi cantik boleh download apps (aplikasi). Yes betul, ada banyak pilihan aplikasi yang korang boleh download. Kadang-kadang naik pening juga nak try mana satu. Hehe.

Jadi, dalam entry kali ni Kaknie nak share tentang beberapa aplikasi yang boleh membuatkan Instagram stories korang lebih cantik dan menarik. Kaknie sendiri guna kesemua aplikasi ini samada untuk akaun personal atau akaun bisnes.

1. Adobe Spark Post

Aplikasi yang sangat best untuk design animated effects. Korang boleh jadikan sekeping gambar kepada video berdurasi 4-saat dengan effects berbeza. Seriously best!

Availability : iOS dan Android

2. Unfold

Kalau korang suka design yang clean dan minimalist, korang boleh guna Unfold. Nampak elegan dan kemas. Font dia pun cantik. Memang sesuai sangat untuk minimalist.

Availability : iOS and Android

3. Mojo

Mojo ni design dia clean, lebih kurang macam Unfold. Kelebihan Mojo adalah animation effects yang cool. Surely ramai akan DM korang tanya macam mana korang buat story tu.

Availability : iOS and Android

4. Canva

Aplikasi yang tak perlu diperkenalkan lagi, Kaknie pasti ramai yang dah gunakan Canva kan? Design template yang cantik dan sentiasa up-to-date! Animation effects pun dah ada dalam Canva.

Availability : iOS and Android

5. PicsArt

Ni pun lebih kurang macam Canva. Banyak design template yang menarik kat PicsArt. Mostly design yang comel comel gitu.

Availability : iOS and Android

6. StoryArt

Korang suka buat quotes dan storytelling kat Instagram stories? Cubalah download StoryArt ni. Nice templates! Selain tu, korang boleh juga create cover highlights guna aplikasi ni.

Availability : iOS and Android

7. Storybeat

Kalau korang nak tau, Instagram stories sebenarnya ada features untuk add music background. Tapi sayangnya kat negara kita tak ada lagi features tu. Mujur ada Storybeat! Macam-macam lagu korang boleh pilih. Nak create stop motion video pun boleh.

Availability : iOS and Android

Semoga bermanfaat, till next post!

21 thoughts on “7 Aplikasi Ini Membuat Instagram Stories Lebih Menarik”

  1. Semua applikasi ni kita tak pernah guna pun untuk post kat IG nak nampak lagi menarik dan best nak kena cuba ni sebab nak bagi nampak menarik dan ramai peminat kat IG kita hehehe bagus kita baru tahu wakakaka..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *