Instagram

Cara Buat Instagram Highlight Cover

Hi guys! Okay hari ni saya nak share sesuatu yang menarik iaitu cara membuat highlight cover di Instagram. Apa itu highlight? Highlight ini adalah salah satu features terbaik di Instagram, yang mana pengguna boleh menempatkan IG stories mereka seperti menyimpan di folder.

Biasanya IG stories kan akan hilang selepas 24 jam.. Tetapi dengan adanya Highlight, kita dah boleh simpan IG stories kat situ selama mana kita nak. Best kan?

Especially untuk yang buat bisnes di Instagram, boleh la buat Highlight ni macam album atau katalog. Jangan lupa letak highlight cover yang cantik, sure profile korang jadi lebih menarik macam IG @foundr ni.

So, macam mana nak buat highlight cover?

Saya guna Adobe Spark Post. Dulu saya guna Canva, tapi rasa app ni berat pulak kat phone. Selalu crash. Jadi saya cari app lain as alternative. Dan saya jumpa Adobe Spark Post ni. Memang best!

Link untuk download app ni ada dalam entry saya yang lepas. Check it out HERE.

Step by step buat highlight cover Instagram (rujuk video di atas) :

1. Buat highlight cover menggunakan app

  • Buka app Adobe Spark Post.
  • Add new post.
  • Pilih ‘Solid color’ jika korang nak background color yang plain. Atau pilih ‘Photo library’ jika korang ada pilihan background sendiri.
  • Remove watermark app.
  • Pilih template Instagram Story.
  • Delete teks (dalam tutorial ni saya tunjuk yang guna icon sahaja). Jika nak guna teks, boleh kekalkan.
  • Add icon.
  • Search icon yang korang nak. Dalam app ni ada banyak sangat pilihan untuk icon.
  • Lepas dah pilih icon, korang boleh adjust position, color dan saiz icon tersebut.
  • Share dan save image as ‘Solid color’.

2. Edit highlight cover di Instagram

  • Pergi ke profile IG korang dan create highlight/pilih highlight yang sedia ada.
  • Pilih ‘Edit Highlight’.
  • Pilih ‘Edit Cover’.
  • Pilih gambar yang dah dibuat tadi untuk dijadikan highlight cover.
  • Adjust position gambar.
  • Done!

Senang je kan.. Kalau dah cuba ikut cara yang saya guna ni, boleh tag saya (@ernietomo) kat IG story korang okay.

Till next post!

2 thoughts on “Cara Buat Instagram Highlight Cover”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *