Blog

Cara Membuat Website Dengan Domain Sendiri

Hi guys! Korang pernah tak berhajat nak ada website sendiri? Lepas tu buat website tu pula dengan domain pilihan korang? Mestilah ada kan.. Sebab tu korang baca entry ni ๐Ÿ˜‹

Kali ni Kaknie nak kongsikan cara membuat website dengan domain sendiri. Entry ni ditulis atas permintaan, ada beberapa orang bertanya. Jadi Kaknie terangkan terus di sini, biar semua dapat baca okay.

Persiapan sebelum bermula

First sekali sebelum mula membuat website, pastikan korang dah bersedia dengan perkara-perkara berikut :

  • Topik/niche website
  • Nama domain untuk website
  • Server untuk hosting website
  • Platform untuk website
  • Bajet untuk membayar domain dan website hosting

(a) Topik/niche website – Ini perkara paling penting sebelum korang nak mula membuat website sendiri. Apa topik yang korang nak sampaikan melalui website? Sebaiknya pilih topik atau niche yang korang betul-betul minat dan mempunyai kepakaran supaya korang lebih seronok untuk berkongsi dan tak berhenti di tengah jalan.

(b) Nama domain untuk website – Apa itu domain? Domain ni adalah nama website. Contohnya www.ernietomo.com. Jika korang nak buat website untuk bisnes atau company, pilih nama bisnes atau company tersebut. Jika korang nak buat website untuk personal branding, korang boleh pilih nama sendiri atau nama yang korang nak branding kan. But make sure nama domain yang korang pilih tu belum digunakan oleh sesiapa.

(c) Server untuk website hosting – Website memerlukan server untuk membolehkan ia online setiap masa. Ada banyak company yang menawarkan server untuk website hosting di Malaysia. Kaknie lebih suka gunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh NetKL. Harganya berpatutan setaraf dengan kualiti servis yang tip top, bantuan teknikal 24 jam yang cekap dan urusan pembayaran yang mudah.

(d) Platform untuk website – Kebiasaannya terdapat dua platform yang selalu digunakan di Malaysia, iaitu Blogspot dan WordPress. Dulu Kaknie pengguna Blogspot, sekarang dah beralih kepada WordPress. Blogspot platform free, tak perlu bayar. WordPress pula ada yang free dan berbayar. Jika korang betul-betul serius untuk memiliki website dengan domain sendiri, pilihlah WordPress berbayar.

(e) Bajet untuk membayar domain dan website hosting – Nak setup website dengan domain sendiri ni perlu ada bajet. Kerana kita akan membayar servis setiap tahun untuk memperbaharui domain dan pakej yang diambil. Anggaran bajet permulaan yang diperlukan biasanya di bawah RM150 untuk pakej basic.

Step-by-step membuat website dengan domain sendiri

Di bawah ini adalah langkah-langkah utama untuk korang mulakan website dengan domain sendiri. Dalam entry ni Kaknie beri contoh berdasarkan NetKL kerana ini adalah satu-satunya hosting company yang Kaknie gunakan. Yang lain Kaknie tak pernah guna. Tapi Kaknie yakin konsepnya lebih kurang sama sahaja dengan yang lain.

Ada 4 langkah utama yang perlu diikuti iaitu daftar domain dan hosting, pengaktifan domain dan hosting, install WordPress dan login ke panel admin.

1. Daftar domain dan hosting

Untuk mendaftarkan domain dan hosting, layari laman web NetKL. Di bahagian tab atas, pergi ke Hosting > Shared Hosting > Hosting Plans Comparison. Di sini korang boleh survey dan pilih pakej mana yang menepati keperluan dan kehendak untuk website korang.

Ada 2 kategori iaitu For Beginners dan For Advanced Users. Sebagai seorang yang baru nak bermula, Kaknie sarankan korang pilih pakej di bawah beginners.

Skrol ke bawah sedikit dan klik pada tab berwarna oren yang bertulis “Click HERE, to buy hosting plans for Beginners“. Kemudian, pilih mana satu pakej yang korang nak dan klik “Order Now“.

Paparan seterusnya memberikan korang pilihan untuk mendaftar domain. Taip domain pilihan korang. Pastikan domain tersebut AVAILABLE then barulah korang klik “Continue“.

Next, korang pilih samada nak buat pembayaran bagi pakej setahun (annually) atau 2 tahun (biennially). Dah pilih, klik “Continue“.

Yang addons ni korang boleh tick atau skip sahaja, tak ada masalah. Dah review domain dan addons, klik “Continue“.

Bahagian seterusnya adalah paparan ringkas sebelum membuat pembayaran. Kat sini korang boleh juga memasukkan promo code jika ada untuk dapatkan potongan harga. Pastikan semua details adalah tepat. Then, klik “Checkout“.

Di paparan seterusnya, korang diminta untuk mengisi butiran diri dan memilih cara untuk membuat pembayaran. Next, korang akan terima email invoice dari pihak NetKL dan ikuti langkah seterusnya yang bersesuaian dengan pilihan pembayaran korang.

2. Pengaktifan domain dan hosting

Untuk pengaktifan domain, korang perlu menunggu dalam tempoh 24 jam selepas berjaya membuat pembayaran dan menerima emel pengesahan pembayaran. Hosting pula aktif sejurus selepas korang menerima email dari NetKL.

3. Install WordPress melalui cPanel

Selepas domain korang dah aktif, step seterusnya adalah untuk install WordPress melalui cPanel.

First, buka cPanel. Caranya adalah klik sahaja link URL cPanel website yang dihantar ke emel korang oleh NetKL. Alternatifnya, korang boleh taip nama domain korang dan tambah /cpanel pada hujung domain tersebut. Contoh : www.mydomain.com/cpanel.

Kemudian, masukkan username dan password. Butiran ini ada sekali di dalam email cPanel account information.

Bergantung kepada tema yang digunakan, laman utama cPanel kelihatan seperti berikut :

Dalam cPanel ni, pergi ke bahagian Softaculuous App Installer yang terletak di bawah sekali. Then, klik “WordPress“.

Paparan baru akan muncul. Klik “Install” yang terdapat di bahagian atas.

Next, korang perlu isikan beberapa maklumat di bahagian ini.

(a) Software Setup – Pilih versi WordPress yang korang nak install. Recommended latest version. Pada bahagian Installation URL, pilih struktur domain yang korang nak. Sebaiknya pilih https://www. atas faktor kelebihan dari segi sekuriti, SEO dan teknikal. Pada bahagian In Directory, kosongkan.

(b) Site Settings – Masukkan nama website dan description. Namun jika korang belum mempunyai idea untuk mengisi ruangan ini, it’s okay sebab ia boleh diubah kemudian.

(c) Admin Account – Tetapkan username, password dan emel pilihan korang di sini. Korang akan gunakan info ni untuk login ke panel admin WordPress nanti.

(d) Choose Language – Pilih bahasa pilihan korang.

(e) Select Plugins – Pilihan di sini bergantung pada korang. Kaknie tak usik bahagian ni.

(f) Advanced Options – Database Name dan Table Prefix tu biarkan seperti asal. Auto Upgrade pula ikut pilihan dan kesesuaian korang samada nak manual update atau auto update. Backup Location set kan kepada Default. Automated Backups dan Backup Rotation ikut pilihan masing-masing.

Dah siap isi semua, klik “Install“. Dengan step ini maka selesailah sudah proses WordPress installation pada website korang. Yes! Tak susah mana pun kan.. Cuma perlukan sedikit masa dan ongkos hehe.

4. Login ke panel admin WordPress

Untuk login ke panel admin WordPress, korang hanya perlu tambah /wp-admin pada hujung domain korang.

Contoh : www.ernietomo.com/wp-admin.

Gunakan username dan password yang korang dah set sebelum install WordPress tadi untuk login.

Panel admin WordPress akan kelihatan seperti berikut :

Kat sini la tempat untuk korang taip post, baca komen, tukar appearance website dan sebagainya. Now it’s time for you to explore! ๐Ÿ˜€

Sebenarnya tak susah pun nak buat website dengan domain sendiri ni. Cuma part nak design website tu yang takes time. Bab setup tak ada masalah. Kaknie harap perkongsian ni bermanfaat kepada semua terutamanya yang baru nak buat website sendiri.

Till next post!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *