Study

Dilema PhD.

Hari ni saya dilanda dilema lagi samada nak sambung PhD atau tak. Al-kisahnya, siang tadi pensyarah merangkap my SV ketika projek master dulu text.

SV : Ernie, you minat tak buat projek *** untuk PhD? Geran ada, don’t worry. If you nak buat part time pun takpe, as long as you can deliver.

My SV ni memang seorang yang consistent. Dari tahun lepas lagi dia ajak sambung PhD. Saya je asyik mengelak huhu. Bukan apa, kekangan utama adalah financial support. Saya tak nak sambung kalau tak ada scholarship atau geran. Because I’ve seen it many times, student PhD atau Master by research yang quit separuh jalan disebabkan financial problem.

Duit bukan segalanya. Tapi zaman sekarang ni hampir segalanya perlukan duit. Nowadays biasiswa susah nak dapat. Bantuan untuk student postgraduate pun makin terhad. Untuk projek yang ada geran pula, I’m not sure kalau setiap bulan kita akan dapat elaun? Dan kalau buat PhD part time sambil bekerja, okay ke? Macam-macam saya fikir.

Biasanya saya akan cuba mengelak bila SV tanya pasal nak sambung PhD. Tapi kali ni, tak tahu kenapa rasa macam tertarik pula dengan offer PhD tu. Mungkin sebab tajuk projek yang sangat menarik minat saya. By the way, bidang saya ialah Safety, Health and Environment. Projek master saya dulu dalam cabang Industrial Hygiene. And now my SV offer untuk buat PhD dalam cabang yang sama juga.

Hmm tengah fikir lagi ni nak sambung ke tak. Saya minta SV sedikit masa untuk buat keputusan. Apa pendapat korang? Siapa yang ada pengalaman buat PhD secara part time mungkin boleh share. Kalau malu nak komen, you can directly email me. I really need a good advice. Thank you!

XO

8 thoughts on “Dilema PhD.”

  1. Kelebihan awak kat sini .. Awak da x perlu susah2 cari SV x mcm org lain kena try & error .. Tapi kena tanya betul2 gak detail pasal projek tu. Berbaloi ke x .. Kos awak pun kena ambik kira .. Apa2 pun semoga urusan awak dipermudahkan amin ..

  2. peluang yang hebat dan menarik..

    just carry on je..

    sebab peluang sukar untuk didapati ketika mana kita sudah banyak komitmen lain

  3. Apa lagi sis, kalau line clear, tgh tak banyak commitment jalan terus alang-alang kalau minat ke arah academician ni. Peluang tu. Continue pulak dengan SV sama. Terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *