Study

Nak Ambil Master by Coursework, Research atau Mixed-mode?

Ini antara dilema ranking teratas bagi sesiapa yang nak sambung master. Pening nak pilih mode mana satu. Worse case, ada yang tak tahu pun pasal ketiga-tiga mode ini. Bila dah register master, baru tahu apa itu Coursework, Research dan Mixed-mode.

Masa saya study master kat UTM, saya ada buat part-time job kat dalam kampus. Dari situ, banyak jumpa dengan undergraduate student dan mereka ni selalu tanya tentang perbezaan buat Master by Coursework, Research dan Mixed-mode. Rupanya ramai jugak yang tak tahu.. Okay, I will explain briefly apa beza ketiga-tiga mode tersebut.

Perbezaan Master by Coursework, Research dan Mixed-mode

Untuk Master by Research, you tak perlu masuk kelas dah. Bab ni la yang paling heaven kalau jadi student by research. Haha. Cuma mungkin ada few subjects yang you kena fulfill sebagai subjek wajib universiti seperti Research Methodology. Kelebihan mode ini ialah you akan rasa ada banyak masa free dan research pula bergantung pada student sendiri nak manage macam mana. If you think you can manage your time wisely to complete your research according to the schedule, then you are most welcome to join this mode.

Untuk Master by Cousework dan Mixed-mode pula, tak banyak beza dengan silibus waktu degree. Kena attend kelas, buat assignment, jawab quiz, test and of course ada final exam. Bilangan subjek depends. Ada yang banyak, ada yang sikit. Kedua-dua mode ni basically sama je, cuma yang beza ialah jumlah jam kredit untuk research project. Jam kredit untuk research project Mixed-mode lebih banyak compare to Coursework (it’s called dissertation).

Dah jelas beza antara Master byย Coursework, Research dan Mixed-mode? Okay good, now I will share apa yang korang boleh buat untuk selesaikan dilema nak pilih mode yang mana.

Kaji Selidik Minat dan Kemampuan Anda

First thing, korang kena tahu apa yang korang minat dan nilai kemampuan diri sendiri. Bukan sekadar I follow you, you follow me. Disebabkan kawan ambil master by research, dia nak follow jugak. Pantang dengar ada elaun bulanan 2k, terus register tanpa buat background research dulu. End up, perjalanan yang dilalui tidak seindah yang dibayangkan. Rasa stress sangat dan tak mampu nak siapkan research on time. Lepas tu, quit.

Contoh di atas banyak berlaku. Bukan dalam Master by Research je, semua mode pun ada kes macam ni. Sambung master tanpa buat proper background research tentang mode yang berkaitan dan tak tahu pun minat apa, and either mampu ke tak nak sambung master in that particular mode. Benda ni walaupun nampak kecil, tapi impak dia sangat besar. Buat keputusan sewajarnya hanya selepas korang dah kaji selidik minat dan kemampuan korang.

Boleh juga cuba buat self-assessment macam ni – tanya pada diri sendiri :

  1. Boleh ke aku manage masa sendiri? Atau aku perlukan fixed schedule?

  2. Aku betul-betul minat ke tak bidang ni?

  3. Mode yang mana satu akan lebih membantu aku untuk capai cita-cita aku?

  4. Aku suka belajar sendiri (bereksperimen) atau suka masuk kelas?

Korang kena bayangkan diri korang berada dalam ketiga-tiga mode tu. Yang mana satu korang rasa paling sesuai dengan minat dan kemampuan korang? Think wisely.

Saya dulu ambil Master by Coursework. I love to learn a lot of things, saya suka ada fixed schedule dan suka final exams (boleh test knowledge sendiri kat tahap mana). Saya nilai semula minat dan kemampuan saya sebelum decide untuk sambung master. Minat kita 5 tahun lepas mungkin berbeza dengan minat kita sekarang. So, nilai betul-betul. Harap entri ni dapat membantu korang yang tengah dilema nak pilih mode mana satu untuk further master.

p/s: Jangan lupa buat solat hajat dan istikharah jugak. Mana tau ilham muncul dalam mimpi ๐Ÿ˜€

XO

21 thoughts on “Nak Ambil Master by Coursework, Research atau Mixed-mode?”

  1. Hai..saya tengah plan nak sambung master tapi masih berfikir nak ambil mode mana satu.sesetengah U cuma tawarkan 1 mode saja.contoh kalau unirazak tawarkan mode full research,Ump tawarkan mode full coursework.Saya tak tahu mana yang paling baik..huhu

  2. Hai kak, saya ingin tanya kan akak sebut akak kerja part time kat uni mase study master. Biasenyer kerja apa ya yang available dalam kampus?

    1. Hai Lynette. Untuk kerja dalam kampus, yang paling common ialah kerja sebagai Research Assistant (RA). Cuma RA ni biasanya kena full-time. Kalau awak nak part-time, boleh cari kerja sebagai pembantu kedai-kedai dalam kampus seperti kedai printing atau kedai runcit.

  3. Assalamualaikum kak. Saya nak tanya, usually bila waktu yang sesuai untuk apply master? Saya sekarang in baru masuk final year degree and macam berminat plan nak sambung master. Adakah saya perlu tunggu habis degree baru apply? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam Anne. Yang tu kena rajin survey ya sebab lain universiti lain syaratnya. Tak silap ada uni yg boleh terima permohonan dengan result final exam walaupun belum officially grad.

  4. nak tanya, kalau dalam coursework tu takde bidang yang kita nak, tetapi dalam research tu ada bidang yang kita nak, macam mana nak buat? sebab saya dari bidang sains sosial gunaan, tapi di universiti saya cuma buat pilihan bisnes dan education di bahagian coursework. kalau yang master of business administration tu maksudnya macam mana ya? pastu apa beza kalau buat master full time dengan part time? maaf banyak pula soalan huhu. tapi saya keliru jugak ni.

    1. 1. Senaraikan cost (terutamanya dari segi kewangan dan masa) yg terlibat jika awak pilih untuk ambil mode research. Bear in mind, cabaran untuk buat mode research lebih besar dari coursework. Kalau awak rasa boleh manage masa dengan baik, tiada masalah kewangan untuk support sepanjang pengajian dan boleh aim untuk tamatkan pengajian on time then just go for it.

      2. Master of Business Administration ni sesuai untuk orang yg ada bisnes dalam bidang berkaitan atau mereka yg bekerja dalam management level. Untuk fresh grad, tak salah nak ambil jika ada minat dan niat untuk mendalami selok belok bisnes dalam pengkhususan bidang tu.

      3. Beza tak banyak pun antara master full time dan part time. Depends pada bidang yg awak pilih. Yang saya nampak beza dari segi masa tamat pengajian sahaja (part time biasanya lambat sikit grad dari yg full time).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *