Career

Pengalaman Memohon Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 (PTD) 2018

Post ni sebenarnya saya dah draft lama, cuma tunggu masa nak post je. Since my previous post tentang PTD dapat banyak feedback dan ada jugak yang personally email saya nak tahu cara nak mohon PTD dan minta share any tips, I think it would be great that I post about this now sebelum lupa. Usia dah meningkat ni susah sikit, memory space tak banyak. Hihi.

First time saya apply jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) ni pada tahun 2013, lepas grad degree. Time tu saya apply sebab tengok kat Facebook ramai sangat yang share jawatan kosong PTD dah dibuka. Bila tanya kawan, “PTD tu kerja apa?”. Kawan cakap kerja jadi duta. Banyak travel. Wow! Saya memang pantang dengar kerja yang banyak travel ni. Apa lagi saya pun apply kat SPA, then dapat ambil peperiksaan online. Tapi disebabkan tak well-prepared (banyak berangan je), I’ve failed haha.

Nak apply jawatan kosong kerajaan, kena follow rapat FB page Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Macam-macam vacancy ada.

So, saya teruskan kehidupan macam biasa. At that time, saya kerja kat company swasta. Bila dah busy kerja, saya terus lupa nak apply PTD lagi. Tahun demi tahun berlalu, akhirnya saya dapat emel untuk menduduki peperiksaan online PTD pada tahun lepas. Terkejut, sebab seingat saya dah lama juga tak ada apply SPA. Maybe sebab ada rekod pernah jawab exam sebelum ni, tu yang kena invite lagi.

Okay, kat bawah ni I share my own experience sepanjang memohon jawatan PTD 2018.

Stage 1 – Peperiksaan online 

Tarikh : 3 November 2017

Dapat email jemputan dari SPA untuk menduduki peperiksaan online PTD pada 22 Oktober 2017. Time tu saya baru nak konvo master. Excited jugak bila dapat sit for this exam. Rasa macam cerah masa depan. Eh.

Fyi, peperiksaan online ni terbahagi kepada dua seksyen. Seksyen A adalah soalan berkaitan pengetahuan am seperti dasar negara dan hal ehwal semasa negara. Seksyen B pula soalan tentang daya menyelesaikan masalah. Contohnya Ali ada 40 biji bola. Separuh berwarna merah dan selebihnya berwarna biru dan kuning. Berapa biji bola berwarna hijau?

Kali ni, saya buat preparation betul-betul for the exam. Tak nak ulang kesilapan masa lalu. Setiap hari baca tentang dasar-dasar negara, perundangan, hal ehwal politik, sosial dan ekonomi. Saya jugak subscribe Telegram channel Astro Awani supaya lebih mudah nak tahu update tentang isu semasa.

Tips yang saya apply, jawab dulu mana yang kita memang tahu jawapannya. Yang tak sure, just skip. Dah habis round semua soalan, baru go through semula soalan-soalan yang kita skip. Time tengah jawab exam tu, boleh lagi cari jawapan kat Google. Tapi kena cepat la sebab masa tak banyak untuk fikir jawapan lama-lama. Time management is very important.

Stage 2 – Ujian Kecergasan dan Jasmani Kesihatan (UKJK)

Tarikh : 21 Januari 2018

Lepas result exam online diumumkan pada 16 November 2017, next stage ialah UKJK. Pihak SPA tak bagitau sekali info tentang UKJK bila umumkan keputusan exam. Lagi tiga minggu nak UKJK tu baru SPA emel details tentang UKJK. So bila dah dapat tahu lulus exam, saya terus je buat persediaan untuk UKJK.

Saya memang nervous gila nak UKJK ni. First, sebab saya bukan jenis yang bersenam. Second, berat badan saya dah naik 10kg in the past three years! Can you imagine that? Jadi bila saya lulus exam online, saya terus buat schedule untuk work out and diet. Antara aktiviti yang saya buat setiap hari ialah jogging, cycling, bangun tubi (curl up) dan beep test. Sempat jugak lose weight 3kg hihi.

Aktiviti dan saringan kesihatan yang terkandung dalam UKJK ialah :

  • Pemeriksaan tekanan darah dan kadar denyutan nadi
  • Indeks Jisim Tubuh (BMI)
  • Ujian genggaman tangan
  • Ujian bangun tubi 1 minit
  • Ujian duduk dan jangkau
  • Ujian larian ulang alik 20 meter (beep test)

Masa hari UKJK tu, nombor badan disediakan untuk setiap calon dan wajib dipakai sepanjang UKJK dijalankan. Ada pegawai yang akan sentiasa observe you. So, behave yourself and be nice.

Stage 3 – Ujian Psikometrik

Selepas habis UKJK, at the end of the day kami diberikan sedikit taklimat tentang ujian psikometrik. Semua calon diberikan secebis kertas yang mengandungi link bagi menduduki ujian psikometrik. Ujian ini diadakan seminggu selepas UKJK.

Untuk pengetahuan, ujian psikometrik adalah satu standard and scientific method yang digunakan untuk measure individual’s mental capabilities and behavioral style.

Ada 382 soalan kesemuanya bagi ujian psikometrik ni dan calon diberi tempoh 24 jam untuk melengkapkan ujian tersebut. Yang ni jangan risau, tak ada limit masa macam jawab exam online. Boleh jawab sambil tengok drama pukul 7. Apa yang penting, jawab dengan jujur. Only you know yourself better.

Stage 4 – Program Assessment Centre (PAC)

Tarikh : 25 Februari 2018

Lepas UKJK dan ujian psikometrik, stage seterusnya adalah PAC. Bagi saya, PAC ni stage paling best sebab ada kerja berkumpulan. Time ni boleh la berkenal-kenalan dengan calon lain. Setiap group average ada 8 orang.

Kat bawah ni adalah jadual aktiviti yang dijalankan sepanjang PAC. Jadual ni pihak SPA yang emel kepada calon sebelum hari PAC, so that semua calon boleh buat preparation.

Untuk PAC, saya banyak baca tentang isu-isu semasa. Selain tu, saya pinjam buku rujukan karangan SPM adik as my bedtime stories. Sampai bawak tidur kot buku dia. Haha. Praktis jugak buat karangan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Lepas tu, setiap hari bercakap depan cermin sebagai praktis pengucapan awam.

Macam biasa, masa hari PAC tu datang awal. Bawa alat tulis secukupnya. Jaga kelakuan, ringankan mulut untuk senyum dan pastikan penampilan sentiasa kemas. Time PAC ni ada nombor badan jugak, so kena pakai setiap masa.

Apa yang saya praktis dalam setiap aktiviti PAC :

(a) Ujian Esei

Memandangkan masa diperuntukkan hanya 30 minit, tangan dan otak kena sama laju. Draft isi 5 minit, selebihnya siapkan esei. Saya pastikan esei saya ada 3 elemen ni iaitu pendahuluan, isi dan kesimpulan.

(b) Pengucapan Awam / Public Speaking

Sama dengan esei, saya pastikan ucapan saya ada 3 elemen yang sama. And then kena tahu macamana nak kecilkan skop tajuk sebab ada tajuk yang very general. Contohnya, saya dapat tajuk ‘Kecemerlangan IPT di Malaysia’. Saya terus fokus pada faktor-faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan IPT di Malaysia. Untuk public speaking pula, saya dapat tajuk ‘Home-grown food’. Saya pilih untuk bercakap tentang the benefits of home-grown food.

(c) Perbincangan Kumpulan

Be average – which is jangan terlalu menonjol dan jangan terlalu senyap. Speak up and express your opinion but at the same time, give others chance to talk. Jangan jugak terlalu rigid atau being too defensive on your opinion dari awal sampai ke akhir perbincangan. At one time, you have to show agreement on others’ opinion. Stay balance.

(d) Kerja Berkumpulan

Aktiviti ni lebih kepada game. Contoh, masukkan bola ping pong guna tali. Buat tarian berkumpulan. Memang happening. Here, you need to play two roles : act as a leader and a follower. Be average. Help each other and be supportive. Yang penting, have fun with your team!

Stage 5 – Temuduga

Tarikh : 25 April 2018

Alhamdulillah, sampai jugak ke stage yang terakhir. Untuk stage ni, I still keep myself updated with the current issues and prepare soalan-soalan yang mungkin akan ditanya. Saya jugak banyak refer info kat satu group Telegram ni, yang dibuat khas untuk calon PTD. Nama group tu ialah ARENA EXAM PTD 2015-2018. Memang best dapat join group ni. Selalu buat discussion dan bagi tips yang berguna. I owe the group a lot!

Oh ya, untuk interview ni kena sediakan resume dan sijil/dokumen ya. Kaknie buat one-page resume. Semua sijil/dokumen saya susun dalam file clear pocket. Pihak SPA ada bagi senarai sijil/dokumen yang perlu disediakan, so tak perlu risau.

Saya adalah orang pertama yang kena interview for my session. Ada 2 orang panel, seorang wakil dari SPA dan seorang lagi wakil dari JPA. Antara soalan-soalan yang mereka tanya :

  • Background – bangsa apa, mak ayah kerja apa
  • Bincangkan sistem pengangkutan di Malaysia seperti projek MRT, ECRL dan HSR
  • Tema kemerdekaan tahun lepas?
  • Pendapat tentang pengenalan Akta Berita Palsu – adakah boleh dilaksanakan di Malaysia?
  • Kenapa nak jadi PTD?
  • Kenapa tak jadi pensyarah since awak dah ada master?
  • Apa added value yang awak ada untuk kami pilih jadi PTD?
  • Apa cita-cita awak?

Saya bersyukur dapat panel yang sangat baik dan soft-spoken. Cuma saya kena interview kurang 15 minit. Rasa sekejap sangat, kerusi pun tak panas lagi. Saya tak tahu samada panel puas hati tak dengan jawapan saya sepanjang interview tu. Ada jugak rasa a bit down lepas keluar dari bilik interview, but I believe I have done my very best. So, next step adalah keep praying.

Keputusan PTD 2018

Untuk pengetahuan korang, keputusan temuduga PTD tahun ni telah ditangguhkan. Jadi, sampai sekarang batch saya masih menunggu keputusan. Tak ada clue bila keputusan akan keluar. Ikut schedule, lepas raya puasa bulan Jun hari tu. Sekarang memang dah masuk fasa redha je apa akan jadi and tak expect apa-apa sangat. Korang doakan la yang terbaik untuk kami semua ya?

That’s all. Till next post!

XO

12 thoughts on “Pengalaman Memohon Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 (PTD) 2018”

  1. Boleh tahan banyak gak dia punya stage.. Kalo akak ni serah diri da awal2 hihihi pe pon semoga berjaya ye ella

          1. Banyakkan membaca isu semasa. Banyakkan praktis bercakap. Setiap hari cuba ulas 2-3 topik. Bila banyak praktis insyaallah kelemahan boleh diatasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *